RIUH di media sosial tentang burung unta yang terlepas di Lebuhraya Persekutuan petang semalam nampaknya belum reda.

Bermula dengan video yang diambil oleh seorang pengguna Instagram, Jeff Sandhu, ia pantas mencuri perhatian dan viral dalam sekelip mata.

Video berdurasi 25 saat itu memperlihatkan burung unta itu berlari di lorong paling kanan, sambil kereta di belakangnya terpaksa memperlahankan kelajuan untuk mengelak daripada melanggarnya.

Namun apa yang menarik, banyak syarikat dan premis perniagaan mengambil kesempatan di atas 'nama' burung unta yang sedang popular, dengan menjadikannya maskot pemasaran dan promosi mereka.

Antara yang paling awal memulakan trend ini ialah syarikat pengeluar telefon, Huawei.


Ini diikuti dengan beberapa syarikat dan premis lain.














Pusat Pungutan Zakat dan SWCorp pula menggunakan wajah burung unta sebagai maskot kempen masing-masing.




Burung unta bernama Peekaboo itu kini selamat ditempatkan di sebuah ladang di Semenyih, dan berada dalam keadaan sihat.