SUATU ketika dahulu bila bercakap tentang penjagaan rambut kita pasti lebih terarah kepada golongan wanita bukan.
Apa tidaknya rambut bagi wanita dianggap sebagai ‘mahkota’ buat mereka.
Namun lelaki pada zaman moden kini telah banyak berubah dan semakin peka terhadap betapa pentingnya menjaga kondisi dan kesihatan kesihatan rambut.
Lihat sahajalah di pasaran sekarang. Terdapat segala macam jenis produk penjagaan rambut ditawarkan khusus untuk lelaki.
Di antara masalah atau mimpi ngeri buat lelaki ialah apabila berdepan masalah keguguran rambut sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko fenomena ‘botak tengah’.
Namun dalam keghairahan menjaga rambut jangan pula tersilap langkah sehingga mendatangkan keburukan pula.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 7 kesilapan biasa yang dilakukan lelaki dalam penjagaan rambut.
KERAP GUNA PENGERING RAMBUT
Jangan terlalu kerap menggunakan pengering rambut kerana ia boleh memberikan kesan dalam jangka masa panjang.
Kalau nak guna sekalipun, pastikan tidak lebih sekali dalam sehari.
Haba panas yang keluar dari pengering rambut boleh merosakkan rambut jika kerap digunakan.
TERLEBIH PRODUK
Ini satu lagi kesalahan yang sering dilakukan oleh lelaki. Pastikan untuk rambut, anda tak guna lebih dari dua produk sahaja.
Jika lebih daripada itu ia bermakna anda tak yakin dengan penggayaan sendiri atau ada masalah keyakinan diri.
Less is more!
TAK KENA DENGAN GAYA HIDUP
Kesilapan pertama yang sering dilakukan oleh lelaki dalam memilih gaya rambut ialah ia tak sesuai dengan gaya hidup mereka.
Sebagai contoh jika anda seorang yang bekerja awal pagi dan hanya ada masa singkat untuk bersiap elakkan gaya rambut yang terlalu complicated.
Anda tiada masa untuk basuh, pre-styling, mengeringkan rambut dan menggayakan dengan pelbagai produk setiap hari.
KERAP MEMBASUH RAMBUT
Tahukah anda bahawa kulit kepala kita mengeluarkan sejenis minyak semulajadi yang bertindak melindungi kepala.
Tidak salah nak basuh, tapi janganlah terlalu kerap. Cukup hanya bila anda mandi pada waktu pagi dan malam.
TERLALU RISAU KONDISI RAMBUT
Ada setengah orang yang sangat peka dengan rambut sendiri sampai mengalahkan orang perempuan.
Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan sama seperti yang anda lakukan sebelum keluar rumah. Susah kalau seperti ini kerana jika anda banyak habiskan masa di luar, ia amat mustahil.
Jadi pilih gaya rambut yang lebih mudah dan on-the-go.
BELANJA LEBIH BELI PRODUK
Tak salah kalau anda nak beli produk penjagaan dan penggayaan rambut. Namun biarlah berpada-pada dan harganya pula janganlah sampai lebih mahal daripada bajet makan sebulan.
Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis yang dijual dan banyak yang harganya berpatutan. Jangan terlalu memilih jenama ya.
SYAMPU 2 DALAM 1
Sebolehnya elakkan guna syampu 2 dalam 1 bersama perapi.
Ya, tak dinafikan memang anda fikir ia menjimatkan, namun ia tidak memberikan kesan dan hasil yang sama seperti anda guna syampu dan perapi secara berasingan.
Semoga anda dijauhi bencana ‘botak tengah’ terutamanya pada usia muda.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini dari kami!
*Artikel asal di Maskulin
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Maskulin
Sun Nov 14 2021
Di antara masalah atau mimpi ngeri buat lelaki ialah apabila berdepan masalah keguguran rambut sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko fenomena botak tengah. -Maskulin
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Botak tengah? Ini antara punca yang ramai lelaki tidak tahu
Ini tujuh kesilapan biasa yang dilakukan lelaki dalam penjagaan rambut.