MUNGKIN tak perasan kita ini peminum tegar minuman berkafein. Rasanya kalau sehari tak ambil, memang rasa serba tak kena.
Ini belum lagi peminum tegar yang setiap beberapa jam akan ambil minuman kafein tak kiralah kopi, nescafe, teh pun ada kafeinnya juga.
Atau ada yang suka beli minuman di kedai kopi moden.
Tak salah pun nak minum tapi kenalah berpada-pada. Bimbangnya ia boleh mendatangkan masalah kesihatan tanpa kita sedari.
Inilah kisah yang dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar tentang peminum tegar yang meninggal kerana kafein.
Peminum Tegar, Ambil Jumlah Selamat
Lima tahun lepas, pernah tular kes seorang remaja berumur belasan tahun yang rebah dan mati setelah minum minuman berkafein.
Masa itu dia berada di sekolah. Gempar satu negara.
Hasil siasatan mendapati remaja itu telah mengambil tiga jenis minuman berkafein dalam jarak 2 jam.
Seorang 'pengopi' tegar. Ibu bapanya bersuara.
Gemar minum cafe latte yang dibeli di kedai maskot badut.
Gemar minum air bergas jenama embun gunung sebagai minuman harian dan gemar menelan energy drinks raksasa. Air putih jarang minum.
Ramai fikir kafein ni hanya ada dalam kopi.
Inilah pentingnya ilmu nutrisi. Supaya tak memperbodoh diri.
Penyebab Kegagalan Jantung
Koroner yang membuat autopsi sahkan kematian berpunca daripada ‘caffeine induced cardiac arrest’.
Bahasa mudahnya adalah kegagalan jantung berpunca daripada kafein. Menyebabkan serangan jantung mengejut.
Menakutkan bukan?
Ada juga kes ramai meninggal mengejut selepas bersukan. Memang benar.
Ajal dan maut itu di tangan-Nya tapi nak ke meninggal dalam keadaan sebegitu?
Saya tertanya tanya berapa jumlah kafein yang selamat?
Kafein is not 100 percent a bad thing. Jika diambil secara betul. Banyak khasiatnya pada diri.
Yang buruknya apabila ia diambil berlebihan. Melampaui tahap yang digariskan untuk manusia.
Ikut laporan WHO ialah 400mg sehari. Ni kalau seminggu tu. Setiap hari check-in kedai wanita rambut panjang.
Kajian dimuat di jurnal saintifik Food and Chemical Technology juga beri angka yang sama.
Timbul persoalan lagi, betul ke ambil kafein sebabkan kematian?
Februari lepas, satu kajian dimuat naik dalam Journal of Analytical Toxicology.
Kajian ke atas 51 kes kematian disebabkan pengambilan kafein berlebihan. Ikut laporan, mereka minum bersamaan dengan 30 cawan kopi dalam waktu yang singkat.
Moralnya, perlu tahu angka. Berapa yang kita ambil. Jarak masa apabila diambil.
1. Dalam secawan teh anggaran kafein ialah 53mg.
2. Kopi biasa 133mg kafein.
3. Latte keluaran syarikat ada gambar wanita rambut panjang 150mg.
4. Kopi kedai kopi hipster sekitar 320mg kafein.
5. Minuman lembu ada tanduk sekitar 80mg kafein.
Yang mana satu kita ambil? Berpada dalam 'mengopi'. Bersukat dalam 'mengeteh'.
Walaupun anda peminum tegar, boleh saja minum tapi kenalah tengok jarak masa dan berpada-pada. -Mingguan Wanita
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
Mingguan Wanita
Mon Jul 11 2022
Berpada dalam 'mengopi'. Bersukat dalam 'mengeteh', pesan Dr Rizal Abu Bakar. -Mingguan Wanita
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Berpada-pada ambil kafein, padah kegagalan jantung jika minum berlebihan
Moralnya, perlu tahu angka. Berapa yang kita ambil. Jarak masa apabila diambil.