Bandaraya New York Amerika Syarikat pada Selasa telah melancarkan satu program perkongsian basikal terbesar dunia yang antara lain menggalakkan penduduknya mengubah cara hidup dengan menggunakan basikal sebagai pengangkutan seharian .
Untuk membantu menggerakkan inisiatif itu, warga New York telah dibekalkan dengan 6,000 “Citi Bikes” yang diletakkan di 333 buah stesen strategik sekitar Manhattan dan Brooklyn.
Satu usaha bersama majlis Bandaraya New York dan pihak swasta, terutamanya oleh konglomerat Citibank yang digerakkan oleh Datuk Bandar berwawasannya Michael Bloomberg.
New York pada Selasa turut serta dalam inisiatif perkongsian basikal terbesar dunia
Di negara ini, cakap-cakap untuk menggalakkan warga kota menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan utama sememangnya telah lama di gembar-gemburkan.
Sesekali keluar berita mengenainya di dada-dada akhbar mahupun kaca televisyen.
Mac lepas misalnya, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib tampil berbasikal menyokong aktiviti berbasikal ke tempat kerja.
Itupun sempena kempen Earth Hour dan membayar janji beliau untuk berbasikal sekiranya ramai warga kota yang tidak menggunakan elektrik pada waktu itu.
Beliau berbasikal sejauh enam kilometer dari kediaman rasminya di Changkat Tunku hingga ke ibu pejabat DBKL di Jalan Raja Laut.
Namun itu hanya sekali.
Selain itu, sebuah persatuan pencinta aktiviti berbasikal ‘Cycling Kuala Lumpur’ yang diterajui oleh Jeffrey Lim dan dianggotai oleh 627 ahli turut mempunyai cita-cita tinggi untuk melihat warga kota pada satu hari nanti berlumba-lumba menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan utama.
Bukan sekadar untuk kesihatan, tetapi sebagai keterbiasaan atau menjadi rutin harian mereka.
Inisiatif kumpulan ini ditubuhkan antara lain adalah untuk menyediakan sebuah peta yang sesuai bagi semua penunggang basikal. Peta laluan berbasikal yang dibuat menunjukkan laluan berbeza untuk masuk, keluar dan bergerak sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Ia meliputi kawasan seluas 110 kilometer persegi dengan semua laluan yang menghubungkan kawasan pinggir bandar.
Persatuan itu juga sedang menyediakan sebuah peta laluan berbasikal bagi memudahkan mereka yang ingin berbasikal di sekitar Kuala Lumpur.
Peta yang disediakan oleh "Cycling Kuala Lumpur". Masih belum siap sepenuhnya. Biru
laluan utama berbasikal, kuning laluan alternatif.
Peta tersebut menunjukkan laluan yang boleh dilalui disamping sebagai penunjuk laluan sesak dan laluan yang seharusnya dielakkan oleh pengguna basikal pada waktu-waktu tertentu.
Disebalik semangat berkobar-kobar itu, Jeffrey berkata di negara ini program berbasikal sebagai cara hidup mampu dilaksanakan seperti di New York namun ia perlu melepasi berbagai berperingkat dan halangan.
“Malaysia mempunyai keadaan jalan dan lalulintas yang berbeza berbanding New York, di negara ini pelaksanaanya harus dijalankan secara berperingkat seperti bermula dengan mengadakan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti mingguan.”
“Kita boleh mulakan dengan menyediakan laluan yang sesuai buat golongan ini dan ini disokong dengan kerjasama syarikat pengangkutan awam bagi membolehkan mereka menyediakan kemudahan yang diperlukan buat pengguna basikal,” kata Jeffrey.
Kami ajukan soalan yang sama kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) yang memaklumkan pihak mereka sememangnya telah lama menyokong aktiviti untuk berbasikal di tengah bandaraya dengan menyediakan kemudahan dan memberi kebenaran untuk membawa basikal naik ke dalam LRT.
Namun hakikatnya, tidak semudah itu. Ada syarat tertentu.
“Hanya basikal yang boleh dilipat dibenarkan dibawa naik ke atas LRT. Bagaimanapun, pemilik hanya dibenarkan membawa basikal mereka naik di luar waktu sibuk yang bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 4 petang dan disambung semula pada jam 7.30 petang hingga waktu tamat perkhidmatan,” kata Pengarah Kumpulan Divisyen Rel Prasarana Encik Khairani Mohamed dalam satu kenyataan.
Contoh basikal lipat yang dibenarkan menaiki LRT
“Syarat itu ditetapkan bagi menjaga kepentingan penumpang lain kerana pada waktu sibuk, keretapi mempunyai penumpang yang ramai. Selain itu, bucu basikal yang merbahaya kepada penumpang lain dan mengelakkan kekotoran di tayar basikal mengenai penumpang lain,” Khairani.
Bagi mereka yang tidak memiliki basikal yang boleh dilipat, kemudahan tempat meletak basikal disediakan di beberapa stesen LRT terpilih.
“Kami telah menyediakan rak basikal di 17 buah stesen dan akan menambahnya pada masa akan datang,” kata beliau.
Ruang parkir basikal di stesen LRT dipenuhi dengan motosikal
Tinjauan Astro AWANI faktor harga basikal juga memainkan peranan .
Harga sebuah basikal yang boleh dilipat bermula sekitar RM899 sehingga RM2000 dengan berat dalam lingkungan 13 kilogram.
Itu belum lagi kos aksesori tambahan seperti topi keselamatan dan alat pengunci basikal bercirikan keselamatan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengangkutan dan Pengurusan Operasi Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Shah Alam, Shahrin Nasir kini bergiat aktif bersama pelajarnya menyediakan sebuah kertas cadangan bagi menggalakkan orang ramai berbasikal di negara ini.
"Idea ini bermula dengan mengetahui masalah dan sebab mengapa pelajar dan pekerja di UiTM tidak mengamalkan aktiviti berbasikal," kata Shahrin.
Setelah usaha penambahbaikkan dilakukan dengan menyediakan laluan berbasikal dan tempat letak basikal yang sesuai sekitar kampus, terdapat sambutan menggalakkan dari pelajar dan juga pekerja di situ.
"Saya boleh lihat yang pelajar menjadikan aktiviti berbasikal sebagai satu aktiviti mingguan dan riadah di sebelah petang. Mereka menganggap ia satu senaman yang mudah dan menyihatkan," tambahnya.
Ini menunjukkan infrastruktur yang bersesuaian perlu disediakan sebelum dapat mengubah persepsi orang ramai untuk menunggang basikal.
Ditanya mengenai perancangan berbasikal di Kuala Lumpur, Shahrin menjelaskan ia boleh dilaksanakan, tetapi haruslah dilakukan secara berperingkat.
"Sesetengah kawasan di bandar tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti ini kerana ramai yang bekerja terpaksa bergerak lebih dari satu tempat dalam masa sehari, mungkin ia dapat dilakukan di kawasan pinggir bandar dahulu," katanya lagi.
Selain promosi yang dilakukan oleh Datuk Bandar, ia juga seharusnya dikekalkan sebagai aktiviti mingguan atau bulanan dan mewujudkan satu polisi untuk berbasikal yang komprehensif supaya menjadi aktiviti ini menjadi ikutan.
Pada pandangan beliau tiada halangan untuk warga kota mencapai matlamat seperti yang telah dicapai oleh bandaraya New York.
Malaysia pada pandangannya masih jauh ketinggalan dari pelbagai aspek. Mentaliti masyarakat negara ini masih belum berubah. Beliau menjangkakan ia akan mengambil masa sehingga 10 tahun untuk pihak berkaitan merancang, melaksana dan mengaplikasikannya segala pelan yang ada sebelum kita dapat melihat perubahannya.
Amirah Nurulain
Fri May 31 2013
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Belgium akan beri elaun kepada pekerja yang berbasikal ke tempat kerja
Bayaran elaun itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang dibuat oleh firma sektor swasta dan kesatuan sekerja pada Januari.
Berbasikal: New York sudah, KL bila lagi?
Bandaraya New York telah melancarkan satu program perkongsian basikal terbesar dunia yang menggalakkan penduduknya berbasikal sebagai satu cara hidup.