Nak makan ‘dine in’ di kedai menu ini agak mahal, apa kata buat sendiri di rumah? Cara nak buat sebenarnya mudah sahaja. Buat sendiri lebih jimat kosnya.
Ramai yang sudah cuba memang sedap dan menjadi! Ikuti resipi yang dikongsi oleh Herawati Basri.
Resepi:
- Lumurkan sedikit garam dan lada hitam atas ikan salmon, kemudian bakar ikan salmon dengan sedikit mentega.
Bahan sos:
- Mentega
- Bawag putih cincang
- Krim masakan atau susu segar
- Sedikit air perahan buah lemon
- 1 sudu besar tepung jagung
Bahan perasa:
- Daun pasli dicincang
Cara-cara
- Cairkan mentaga, tumis bawag putih sehigga perang.
- Masukkan krim masakan atau susu segar dan kacau rata, kemudian masukkan tepung jagung dan matikan api.
- Masukkan dalam pengisar bersama perahan air buah lemon dan kemudian masukkan balik dalam kuali atas api kecil.
- Tambah bahan perasa seperti garam dan gula mengikut cita rasa. Apabila kuah menjadi agak pekat, matikan api dan masukkan daun pasli cincang. Siap!! Tuang atas ikan salmon.
Ramai sudah cuba, memang sedap!
Sumber: Herawati Basri
* Artikel asal disiarkan di Keluarga.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !