MEREKA yang sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 pastinya sedang mula merancang dan membuat tempahan awal bagi tujuan percutian, bersantai dan merehatkan minda.
Ini setelah kerajaan baru-baru ini mengumumkan pembukaan beberapa lokasi pelancongan menerusi Pelan Pemulihan Negara.
Makanya tempat penginapan termasuk Airbnb bakal kembali rancak dan sedikit sebanyak memberi nafas kepada industri pelancongan domestik.
Dan biasanya Airbnb atau inap desa tidak menyediakan sajian makan pagi, sebaliknya anda sendiri perlu masak kerana terdapat fasiliti seperti dapur disediakan.
Untuk artikel kali ini kami cadangkan kepada anda bagaimana eat well & spend less ketika cuti inap (staycation) - Edisi snek. Teruskan baca sambil menyiram pokok Ficus Lyrata kesayangan anda!
Mulakan dengan pagi yang sihat
Cukuplah dengan yogurt, separuh cawan sukatan granola dan buah-buahan seperti beri biru, resberi serta strawberi untuk memulakan pagi yang ceria juga menyegarkan.
Granola merupakan makanan yang sihat. Ia terdiri daripada oat, kacang, buah dikeringkan, madu atau pemanis lain serta sedikit minyak sebelum dibakar sehingga keperangan.
Namun pastikan anda memilih granola dengan jumlah gula tambahan paling sedikit dan yogurt rendah lemak. (Dapatkan kualiti granola di sini)
Overnight oat yang mengenyangkan!
Mungkin tidak ramai yang gemar dengan rasa yogurt, tidak mengapa… kami bagi cadangan kepada anda untuk menyediakan overnight oat.
Overnight oat adalah lebih umum kerana bahan yang dijadikan asas lebih kepada item kegemaran anda. Apa sahaja yang kena dengan selera anda, campurkan sahaja ke dalam gabungan susu segar dan oat segera itu.
Biarkan semalaman sebelum dihiasi dengan buah-buahan termasuk markisah dan tidak dilupakan taburan granola bagi memberikan rasa ranggup. (Dapatkan oat segera di sini)
Sapuan pada roti, gaya Malaysia
Roti dan sapuan buter kacang (butter nut spread) memang snek kombo rakyat Malaysia! Cicah pula dengan kopi o (Americano kalau gelaran lebih barat) memang boleh habis satu buku roti tanpa sedar!
Sambil duduk dibawah pokok redup di Pantai Cermin, Terengganu menunggu senja… rakamkan juga video untuk kandungan TikTok peribadi anda. (Dapatkan pilihan sapuan buter kacang di sini)
Manisan cip brownies
Antara kudapan paling umum dan semua orang makan ketika staycation adalah yang berasaskan koko. Tidak keterlaluan apabila kami labelkan brownies sebagai pemanis mulut kegemaran ramai.
Menjadikannya hidangan lebih kontemporari, kita inovasikan menjadi brownies cip dan mudah dipaketkan. Bolehlah kita menikmatinya sambil bermain Uno bersama rakan-rakan ketika waktu malam. (Dapatkan brownies cip di sini)
Diet kekacang
Kalau staycation memang kita cenderung untuk mencuba segala makanan tempatan dan jarang ditemui (hanya khusus ada di kawasan tertentu sahaja).
Jika tidak mahu rasa bersalah sangat setelah menikmati pelbagai makanan dengan kuantiti yang banyak, berikan sedikit permainan minda anda jika masih berasa lapar.
Biasakan mengunyah makanan yang kurang kalori seperti kekacang, sekurang-kurangnya minda tertipu dan berasa kenyang. (Dapatkan campuran kekacang di sini)
Nikmati pengalaman staycation bersama rakan-rakan mahupun pasangan atau keluarga anda, pastikan kekal menjaga SOP bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Stay safe people!
*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Haikal Raman
Sat Sep 11 2021
Ketika cuti inap, masa sebenarnya banyak dihabiskan dengan bersantai bersama rakan atau keluarga dan makanan tu sebenarnya hanya sampingan. - Gambar hiasan
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.
AWANI Ringkas: Hannah diarah bayar kos mahkamah RM40,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bagaimana untuk 'eat well and spend less' ketika cuti inap - Edisi snek
Inap desa tidak menyediakan sajian makan pagi, sebaliknya anda sendiri perlu masak kerana terdapat fasiliti seperti dapur disediakan.