SETAKAT yang saya tahu, penyalahgunaan dadah dan merokok bukan lagi satu perkara yang cool untuk orang muda kerana ia adalah tabiat buruk orang tua-tua yang merasakan masalah orang muda zaman ini adalah terlampau banyak menghabiskan masa menggunakan telefon bimbit.
Orang yang tak cool dulu adalah orang muda yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak ambil dadah, kini roda itu sudah berputar.
Cuma ada lagi sesetengah golongan muda dan belia yang terkebelakang, masih hidup di zaman era 70-an dan 80-an, terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan masih menghisap rokok.
Disebabkan itu, perjuangan saya dan rakan-rakan saya tidak akan berakhir dan kami terus menyebarkan mesej-mesej kehidupan lebih positif dan bebas dadah menerusi muzik punk dan juga skateboarding kepada belia.
Saya tidak gemar menyampaikan mesej secara terus ataupun ‘direct’ seperti yang dilakukan pengasas dan presiden Drug Free Malaysia (DFM), Khai Aziz.
Tindakan saya sepert itu pernah dikecam rakan karib dalam muzik.
Lirik yang 'direct' seperti mengkritik penghisap rokok dan juga dadah ala-ala ‘hardline straight edge’ tidak boleh diterima komuniti muzik underground sendiri kerana ramai yang mengamalkannya.
Jadi saya berhenti dan hanya mengharapkan amalan diri saya ini dapat dijadikan contoh kerana saya boleh bergaul dengan mereka yang menghisap rokok, minum arak dan hisap dadah, tetapi saya kekal dengan pendirian untuk tidak mengikuti jejak mereka.
Lain ceritanya dengan Khai, dia ‘direct’, dia boleh menulis lirik mengajak orang ramai membenci dadah menerusi kugiran hard core-nya, Second Combat dan mewujudkan komuniti kecil menerusi label rekod United X Front Records.
Dari underground, Khai berjaya membawa idea ‘straight edge’ ke aliran mainstream dan mendapat sokongan pihak berkepentingan, termasuklah kerajaan dan kini berkhidmat sebagai aktivis masyarakat.
Khai sudahpun menerima pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa terhadap perjuangannya dan tahun ini adalah yang terpenting buat DFM.
DFM yang dahulunya dikenali sebagai Drug Free Youth Association (DFYA) akan menerima anugerah di New York sempena Hari Anti Dadah Sedunia, anjuran Drug Free World.
Lagu gubahan DFM, ‘Drug Free Anthem’ terpilih sebagai lagu rasmi sempena Hari Anti Dadah Sedunia yang bakal dipersembahkan di Persidangan Antarabangsa Anti Dadah di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, 29 Mei ini.
Lagu itu juga akan dipersembahkan di hadapan lebih 30 delegasi negara di bawah PBB seluruh dunia selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pencegahan dadah.
DFM Band bakal menjadi kumpulan dari Malaysia yang pertama membuat persembahan di sana dan Khai mengajak saya untuk bermain dram dengan DFM sekali gus menjadi sebahagian daripada sejarah.
Seperti aktivis masyarakat yang lain, dana yang terhad sentiasa menjadi penghalang untuk mereka menjalankan aktiviti mereka dan DFM amat memerlukan bantuan orang ramai untuk menampung kos kempen Road to New York DFM.
Bukan sekadar menerima anugerah di Amerika Syarikat, DFM juga akan berkongsi idea dan pengalaman dengan pertubuhan anti dadah antarabangsa yang lain yang hadir di persidangan tersebut.
Lagu ‘Drug Free Anthem’ ciptaan anak Malaysia ini juga akan menjadi lagu tema pertubuhan dunia itu, sekali gus mengharumkan nama negara di persada dunia.
Semua ini akan menaikkan semangat lebih 10,000 orang yang sudahpun menyertai DFM untuk meneruskan perjuangan anti dadah di negara ini dibawah pimpinan Khai.
Khai secara rasmi menjadi aktivis pencegahan dadah sejak sepuluh tahun dulu apabila pertubuhannya di daftar secara rasmi di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) pada 2010, namun perjuangannya sudah bermula lebih awal, sekitar 20 tahun dahulu.
Panjang ceritanya... nanti kita sambung di RANCAK TV.
Jadi bagi mereka yang mahu membantu kempen Road To New York DFM, anda boleh ke laman web https://www.ngohub.asia/campaigns/roadtonewyork
Ian Johan Ariff
Tue Mar 03 2020
Khai Aziz semasa Ted X Youth @KL beberapa tahun lepas. - Foto Ted X Youth @KL via Facebook Khai Aziz
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Bagaimana mahu bebas dadah dan cool?
Kisah perjuangan anti dadah dari Malaysia sehingga ke New York sekumpulan pemuzik punk tempatan.
Radhi OAG pernah ke 'heaven and hell', mahu bantu pemulihan penagih lain
Radhi OAG sertai kempen antidadah Drug Free Malaysia untuk menceritakan pengalaman buruk menjadi seorang penagih.