KUALA LUMPUR:Badak sumbu putih ‘bermandi’ kunyit.
Demikian gambaran selepas produk serbuk kunyit keluaran Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) dilumurkan ke badan haiwan itu di Zoo Negara, hari ini.
Serbuk kunyit itu merupakan antara sumbangan yang diberikan oleh syarikat pengeluar produk-produk makanan terkenal negara berkenaan kepada Zoo Negara sebagai salah satu inisiatif Kempen #AdabiPrihatin.
Menurut doktor Veterinar Powerpets Food Sdn Bhd, Dr Nur Syafiqah Abdul Aziz, kunyit bertindak sebagai anti inflamasi yang boleh merawat luka pada badan haiwan.
“Contohnya, badak sumbu putih tadi, ia mengalami kelukaan dan kita taburkan kunyit bahagian luka untuk mempercepatkan proses penyembuhan,” jelasnya.
BACA: POWERCAT bukan hanya untuk kucing! Adabi salur sumbangan kepada Zoo Negara
Ia pertama kali disapu pada badan haiwan itu.
Setakat ini, tiga ekor badak sumbu putih masing-masing dua betina dan satu jantan berada dalam jagaan Zoo Negara.
Sebelum ini, alternatif melumurkan kunyit turut disapu pada haiwan lain di Zoo Negara termasuk gajah.
Selain menyumbangkan bekalan serbuk kunyit, Adabi turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM20,000.
Hasimi Muhamad
Wed Dec 30 2020
Menurut doktor Veterinar Powerpets Food Sdn Bhd, Dr Nur Syafiqah Abdul Aziz, berkata, kunyit bertindak sebagai anti inflamasi yang boleh merawat luka pada badan haiwan. - Foto Astro AWANI
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Badak sumbu putih Zoo Negara dilumur kunyit Adabi
Ia pertama kali disapu pada badan haiwan itu.
POWERCAT bukan hanya untuk kucing! Adabi salur sumbangan kepada Zoo Negara
Produk keluaran Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) itu juga boleh digunakan sebagai makanan tambahan kepada haiwan-haiwan lain.