Pihak pengurusan pusat peranginan A Famosa Resort menawarkan dua menu istimewa sempena sambutan Hari Malaysia esok.
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat A’ Famosa Resort, Datuk Alex Lau berkata, inisiatif itu julung kali diadakan dengan menyediakan menu masakan asam pedas ikan dan nasi beriani serendah RM1.60 sebagai simbolik sempena sambutan Hari Malaysia.
Menurutnya, kedua-dua menu istimewa dengan harga murah itu boleh dinikmati pengunjung di medan selera Citarasa Melaka di lokasi Jualan beli-belah Freeport A’Famosa Outlet (FAO) bermula dari 14 September hingga 17 September ini.
“Ini antara usaha yang kita lakukan dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia di Melaka.
“Selain menu dengan tawaran harga istimewa, kita juga menyediakan pelbagai program menarik sepanjang sambutan itu kepada pengunjung, selain objektif kita bersama menyemai semangat patriotik dan sejarah Hari Malaysia,” katanya.
FAO yang berkeluasan 310,000 kaki persegi, menawarkan lebih 60 kedai barangan berjenama serta fesyen terkini kepada pengunjung seperti pakaian kanak-kanak, barangan sukan, kasut, beg, peralatan optikal, aksesori, makanan, minuman, produk kecantikan dan wangian.
Pusat beli-belah secara terbuka yang mengetengahkan konsep seni bina bertemakan warisan Belanda dan Melaka itu terletak berhampiran Plaza Tol Alor Gajah di Lebuh Raya Utara Selatan.
Sinar Harian
Sat Sep 15 2018

Inisiatif itu julung kali diadakan dengan menyediakan menu masakan asam pedas ikan dan nasi beriani serendah RM1.60 sebagai simbolik sempena sambutan Hari Malaysia. - SinarHarian
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Asam pedas, nasi beriani RM1.60 saja?
Inisiatif itu julung kali diadakan dengan menyediakan menu masakan asam pedas ikan dan nasi beriani serendah RM1.60 sebagai simbolik sempena sambutan Hari Malaysia.