Ketika meraikan sambutan perayaan di Malaysia, jarang sekali kita tidak membayangkan makanan yang lazat, sama ada hasil air tangan sendiri atau sebaliknya.
Berbaki satu hari lagi sebelum meraikan Krismas, vendor dan restoran menawarkan satu daripada resipi tradisi Krismas yang popular iaitu biskut halia.
Makanan pencuci mulut Krismas tradisional, dengan aroma menakjubkan daripada pelbagai jenis rempah dan sirap gula merah, seumpama tarikan ajaib yang boleh mengumpulkan ramai orang.
Junandus, sebuah kafe tempatan yang menghidangkan pencuci mulut daripada biskut sehingga kek, telah menjual biskut halia istimewa mereka sejak 2015, secara eksklusif semasa musim Krismas.
"Kami berbesar hati untuk membawa kegembiraan melalui pelbagai jenis kek Krismas yang indah seperti kek log, biskut halia dan coklat untuk berkongsi antara keluarga dan rakan-rakan pada Krismas ini," katanya.
"Versi biskut halia kami, aroma rempah-rempahnya 'lebih ringan' untuk menepati selera orang tempatan. Walaupun orang asing suka memadankan biskut halia dengan segelas wain atau secawan coklat dengan marshmallow, kami (rakyat Malaysia) secara peribadi suka mencelupkan biskut halia kami dengan kopi tempatan kegemaran kami, dan (cara itu) tidak ada yang betul atau salah, " kata pengarah urusannya, Jun Chong kepada Bernama pada Isnin.
Chong juga mengakui jualan biskut halia mendapat sambutan hangat pada musim Krismas memandangkan permintaan meningkat setiap tahun dengan lebih ramai orang semakin menyedari kelazatannya.
"Bagaimanapun, masih ramai orang yang belum pernah merasai biskut halia sebelum ini. Biskut halia bukanlah makanan yang hanya berkaitan dengan penganut Kristian, kami mempunyai beberapa pembeli bukan penganut Kristian untuk turut merasainya," katanya.
Campuran rempah yang manis dan pedas dengan cecair gula merah yang sedikit pahit, telah menghasilkan bau biskut halia yang unik.
Dikeluarkan panas-panas daripada ketuhar, ia memberikan aroma tersendiri yang membangkit selera, selain daripada keseronokan sebenar, menikmatinya dengan yang tersayang.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa pasar raya yang menjual biskut dan kek halia telah kehabisan stok.
Tidak dinafikan, biarpun meriah dengan lampu dan hiasan, Krismas tidak akan sempurna tanpa kehadiran biskut halia dan rumah biskut halia yang membuatkan musim cuti anda bertambah manis!
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 23 2019

Biskut halia pastinya antara hidangan manis yang menjadi penyeri sambutan Krismas setiap tahun. - Foto: Instagram @junandusmy

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Aroma biskut halia, tanda Krismas menjelang tiba!
Berbaki satu hari lagi sebelum meraikan Krismas, vendor dan restoran menawarkan satu daripada resipi tradisi Krismas yang popular iaitu biskut halia.