APPLE sebelum ini telah memperkenalkan pembantu maya mereka tersendiri dinamakan Siri pada tahun 2011.
Diperkenalkan pada iPhone terlebih dahulu, ia seterusnya diperluaskan dan diintegrasikan pada Mac, selain turut hadir bersama Homepod.
Melaluinya, pengguna boleh bertanyakan soalan, dan ia akan memberikan respon berkaitan.
Namun, dengan ledakan arena kecerdasan buatan yang dikuasakan dengan model bahasa raya, Siri dilihat jauh ketinggalan berbanding perkhidmatan seperti ChatGPT dan sebagainya.
Antara kelemahan utama adalah ia tidak boleh sambung sesuatu perbualan atau pertanyaan – dan pengguna perlu bertanyakan sesuatu perkara dengan semua kata kunci sepenuhnya.
Menyedari perkara ini, Apple kini dilaporkan memfokuskan kepada pembangunan model kecerdasan buatan mereka tersendiri, dan bakal memperkenalkan Siri yang ditambah baik pada WWDC 2024 kelak.
Siri baharu ini akan boleh berbual dengan lebih baik, dan mempunyai keupayaan menyambung pelbagai perbualan – dan bukan sekadar menjawab soalan sahaja.
Siri sendiri tidak menerima perubahan yang besar dari tahun ke tahun, dan pengenalan integrasi sokongan kecerdasan buatan janaan pada Siri akan membawa pelbagai kaedah penggunaan baharu.
Untuk menguasakan perkara ini juga, peranti baharu iPhone kelak dijangka hadir dengan sokongan memori lebih tinggi.
Untuk mengekalkan kelebihan dengan fokus privasi, Siri dijangka akan mengoperasikan pelbagai pertanyaan dan perbualan pada peranti, dan bukan menggunakan pelayan sepenuhnya seperti OpenAI atau Google.
Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan WWDC 2024 pada bulan Jun kelak untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan Apple melalui kemaskini Siri. -Amanz
Amanz
Sat May 11 2024
![Apple dijangka kemas kini Siri dengan keupayaan AI generatif Apple dijangka kemas kini Siri dengan keupayaan AI generatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715397322_TBapple.jpg)
Siri baharu ini akan boleh berbual dengan lebih baik, dan mempunyai keupayaan menyambung pelbagai perbualan dan bukan sekadar menjawab soalan sahaja. -Amanz
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Apple dijangka kemas kini Siri dengan keupayaan AI generatif Apple dijangka kemas kini Siri dengan keupayaan AI generatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715397322_TBapple.jpg)
Apple dijangka kemas kini Siri dengan keupayaan AI generatif
Siri baharu ini akan boleh berbual dengan lebih baik, dan mempunyai keupayaan menyambung pelbagai perbualan dan bukan sekadar menjawab soalan sahaja.
![Marvel Studios, Disney lancar trailer baharu siri 'Loki Marvel Studios, Disney lancar trailer baharu siri 'Loki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617676741_loki.jpg)
Marvel Studios, Disney lancar trailer baharu siri 'Loki
Jika sebelum ini drama bersiri terbitan Disney dan Marvel Studios WandaVision berjaya menarik perhatian pengikut filem dan komik Marvel, kini tiba pula giliran Loki untuk membuat kemunculan.
![Rowan Atkinson dedah tidak gemar watak Mr. Bean Rowan Atkinson dedah tidak gemar watak Mr. Bean](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/51510459037_RowanAtkinson.jpg)
Rowan Atkinson dedah tidak gemar watak Mr. Bean
Atkinson mula memegang watak komedi ikonik itu sejak era 90-an, dan sedang menyiapkan filem animasi terbaharunya.
![Game of Thrones cipta rekod, terima 32 pencalonan Anugerah Emmy Game of Thrones cipta rekod, terima 32 pencalonan Anugerah Emmy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557887309_GameofThrones.jpg)
Game of Thrones cipta rekod, terima 32 pencalonan Anugerah Emmy
GoT sudah memegang rekod sebagai siri yang paling banyak memenangi trofi Emmy, dengan 42 kemenangan.