PERNAH atau tidak kita terfikir bagaimana perasaannya menjadi seorang pelarian?
Pastinya tidak seorang pun daripada kita mengimpikan untuk hidup sebagai pelarian dan mengharapkan agar kedamaian dan juga ketenteraman yang dikecapi ketika ini kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Begitulah kiranya harapan saudara-saudara kita suatu ketika dahulu yang kini terpaksa menjadi pelarian di negara yang asing. Membuat keputusan untuk melarikan diri daripada negara tumpah darah sendiri ke negara lain pastinya bukan sesuatu yang mudah. Namun demi menyelamatkan nyawa, menjaga maruah diri, mengelakkan diri dan keluarga daripada diancam dan ditekan dari segenap sudut mereka mengambil keputusan yang sukar ini.
Penulis sendiri pernah cuba untuk menyelami dan mencuba pengalaman bagaimana keadaannya rakyat Syria melarikan diri. Penulis memahami dan sedar akan risiko yang akan dihadapi, tetapi penulis tekad untuk cuba melalui pengalaman ini.
Pengalaman perjalanan penulis menelusuri ‘jalan tikus’ yang digunakan oleh rakyat Syria untuk keluar daripada Syria untuk menuju ke Turki merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan tidak mungkin penulis lupakan selama-lamanya.
Demi Tuhan, sukar untuk menggambarkan kepayahan dan keperitan pengalaman ini apatah lagi meletakkan diri sendiri dalam situasi rakyat Syria yang melangkah meninggalkan tanah air mereka demi sebuah kehidupan yang lebih baik.
Ketika itu adalah musim sejuk dan penulis dan sekumpulan rakyat Syria perlu mendaki bukit-bukau dalam keadaan yang sangat sejuk di dalam kegelapan malam, hanya berpandukan kepada cahaya bulan dan keadaan tanah yang becak berikutan salji yang turun. Setiap langkah kaki pasti tenggelam di dalam tanah dan penulis terpaksa mengerah seluruh tenaga untuk meneruskan perjalanan.
Sesekali mendengar tangisan, jeritan dan juga keluhan lelah dari rakyat Syria yang bukan sahaja membawa diri mereka, malah terpaksa menggendong barang-barang dan juga anak-anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa. Kadang-kadang penulis terjatuh dan tergelincir begitu juga mereka yang lain.
Satu jam perjalanan berlalu kami dimaklumkan perjalanan masih jauh dan perlu segera sampai ke sempadan Syria dan juga Turki sebelum fajar menjelma.
Setelah meneruskan perjalanan selama 30 minit lagi, penunjuk arah mengarahkan kami untuk patah balik dengan segera kerana pergerakan kami terlalu perlahan dan salah seorang daripada yang mengikuti perjalanan ini tidak dapat meneruskan perjalanan kerana diserang lelah dan sangat mustahil untuk sampai di sempadan sebelum fajar menjelma.
Sungguh pada saat ini penulis sudah kehilangan seluruh tenaga namun terpaksa akur dan meredahi perjalanan kembali yang jauh lebih sukar.
Jujurnya, cukuplah pengalaman hampir 5 jam tersebut memberikan gambaran sebenar kepada penulis situasi yang perlu dihadapi oleh rakyat Syria yang berusaha untuk menyelamatkan diri dan keluarga mereka.
Pelbagai cara yang digunakan oleh pelarian Syria dan juga pelarian-pelarian yang lain untuk mendapatkan perlindungan dan memulakan kehidupan yang baharu.
Pengalaman penulis hanyalah sekelumit sahaja dari pelbagai pengalaman mereka yang melarikan diri.
Ada yang ditipu dan dijadikan barang dagangan oleh penyeludup dan agen yang kelabu mata dengan habuan duniawi sehingga menidakkan desakan manusiawi malah sehingga meragut nyawa mereka yang tidak berdosa.
Penulis mencadangkan kepada para pembaca untuk membaca pengalaman dari sisi lain pelarian Syria bernama Doaa al-Zamel meredah Laut Mediterranean menuju ke Eropah untuk menyelamatkan diri dengan mendapatkan buku ‘A Hope More Powerful Than the Sea’ yang ditulis oleh Melissa Fleming.
Ianya hanya permulaan awal kepada pelbagai cabaran dan ranjau kehidupan yang belum tentu cerah menanti di hadapan mereka walau mungkin berjaya merentasi sempadan negara dan terselamat daripada ancaman peperangan dan pergolakan di tanah air sendiri.
Cabaran yang perlu dihadapi di negara orang selepas daripada itu ternyata lebih sukar terutama di negara yang tidak mesra pelarian dan menganggap kehadiran pelarian ini hanya menyusahkan.
Peluang mendapatkan pekerjaan untuk menyara kehidupan, akses kepada perkhidmatan kesihatan, perlindungan, pendidikan dan keperluan asasi yang lain tidaklah semudah yang disangka.
Ditambah pula dengan kekangan dan limitasi bahasa yang pastinya menambah gusar.
Malah ada yang terpaksa membuat keputusan sukar sekali lagi samada untuk kembali semula ke negara mereka yang asal dan merisikokan nyawa mereka atau mencari negara lain yang lebih mesra pelarian setelah tidak lagi mampu untuk bertahan dan gagal meneruskan kehidupan yang baharu di negara yang mereka jejaki.
Apatah lagi sekiranya negara tersebut bukanlah penandatangan kepada Konvensyen Pelarian 1951 (Refugee Convention) yang dengannya tidak meletakkan sebarang tanggungjawab kepada negara untuk melayani pelarian-pelarian yang meletakkan prinsip utama ‘non-refoulement’ di mana pelarian yang sampai ke mana-mana negara tidak boleh dihantar semula ke negara asal yang memberikan ancaman serius kepada kehidupan dan kebebasan mereka.
Konvensyen ini telah diratifikasi oleh 145 buah negara sehingga kini tidak termasuk negara Malaysia.
Sehingga Disember 2018, Malaysia menjadi rumah kepada 163,860 orang pelarian dan juga mereka yang mendapatkan suaka politik berdaftar dengan UNHCR.
Sejumlah 141,780 adalah dari Myanmar yang merangkumi 88,880 dari etnik Rohingya, 26,180 Chin, 9,800 muslim dan 4,000 dari Rakhine dan Arakan termasuk etnik-etik lain dari Myanmar.
Manakala 22,070 pelarian dan juga pencari suaka terdiri dari negara lain termasuk 6,080 daripada Pakistan, 3,040 Yaman, 2,990 Syria, 2,960 Somalia, 1,790 Sri Lanka, 1,740 Afghanistan, 1,480 Iraq, 790 Palestin dan selebihnya dari negara-negara lain.
Umum mengetahui bahawa kehadiran pelarian Rohingya di Malaysia ini telah bertahun lamanya malah sebahagian besar daripada mereka telah beranak-pinak dan hidup di Malaysia dengan sejahtera walau berhadapan dengan pelbagai masalah-masalah yang lain namun secara relatifnya masih baik.
Walaupun Malaysia bukanlah penandatangan kepada ’Refugee Convention’ namun secara peribadi penulis melihat peranan besar yang telah dimainkan oleh Malaysia dalam melayani pelarian-pelarian ini dengan sebaik mungkin tanpa diskriminasi.
Apatah lagi Malaysia merupakan penandatangan kepada ‘Convention on the Right of the Child’ dan juga ‘Convention on the Ellimination of All Forms of Discrimination Against Women’ yang menyebabkan Malaysia terikat dengan undang-undang antarabangsa untuk tidak menghantar semula pelarian ke negara asal mereka.
Malaysia juga telah melancarkan Program Penempatan Sementara Migran Syria (PPSMS) pada tahun 2016 yang memberi peluang kepada 3,000 orang pelarian Syria untuk mendapat perlindungan di Malaysia dan kemudahan serta akses kepada kesihatan, pendidikan dan juga pekerjaan.
Komitmen ini dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 1 Oktober 2015 semasa sesi ke-70 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kehadiran NGO-NGO juga turut membantu menguruskan keperluan pelarian-pelarian di negara bertuah ini dan sudah pasti ianya didokong kuat oleh masyarakat Malaysia yang prihatin.
Ada diantara NGO-NGO ini yang memberikan peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian di samping perkhidmatan guaman, kesihatan dan lain-lain.
Namun begitu cabaran terbesar yang perlu ditangani secara bersama adalah peluang pekerjaan secara sah bagi membolehkan para pelarian mencari rezeki untuk menyara keluarga tanpa ada perasaan takut di samping memberi ruang kepada majikan untuk membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang sebenarnya mempunyai latar belakang dan pengalaman yang baik.
Keperluan ini menampakkan harapan yang cerah apabila ianya disebutkan di dalam manifesto Pakatan Harapan untuk memberikan status yang sah kepada pelarian melalui UNHCR dan memastikan mereka dapat diambil bekerja dengan permit yang sah di Malaysia.
Inisiatif ini akan mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada pekerja asing di samping mengurangkan risiko pelarian-pelarian ini terlibat dengan aktiviti jenayah dan juga transaksi perniagaan yang tidak sah.
Penulis percaya usaha yang dilakukan untuk membantu pelarian-pelarian dari pelbagai negara dan latar belakang membina kembali kehidupan mereka dengan baik di bumi bertuah Malaysia ini pada akhirnya akan memberikan kesan yang positif.
Penulis percaya hanya dengan memberi ruang sahaja dapat menyerlahkan potensi sebenar para pelarian dan masyarakat secara umumnya juga harus melakukan perkara yang sama tanpa sebarang prasangka.
Hakikatnya pelarian-pelarian ini telah melalui sebuah perjalanan yang panjang dan traumatik untuk mendapatkan perlindungan dan memulakan kehidupan yang baharu.
Penulis menyeru untuk kita sama-sama mengambil peranan yang positif untuk melayani ‘tetamu-tetamu’ ini sebaiknya kerana penulis percaya usaha seperti ini yang membawa sebegitu banyak rahmat buat negara kita Malaysia.
* Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Syahrir Azfar Saleh
Mon Jan 21 2019
Warga Syria di sebuah kem pelarian Kelbit, dekat sempadan Syria-Turki, di wilayah Idlib, Syria, 17 Jan, 2018. REUTERS/Gambar hiasan
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Kisah 'jalan tikus' contoh terbaik tonjol semangat kebersamaan
Kisah 'jalan tikus' di Kampung Baru Pelawan contoh terbaik yang menonjolkan semangat kebersamaan dan tolong-menolong dalam membantu pengguna jalan raya yang mengalami kesulitan akibat kesesakan.
Operasi Benteng: 5 PATI cuba ceroboh masuk negara ditahan
Lima PATI warga Indonesia termasuk seorang wanita ditahan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Operasi Benteng ketika cuba menceroboh masuk negara melalui jalan tidak sah.
Miliki lebih tiga tan daun ketum, dua lelaki dihadapkan ke mahkamah
Mereka memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara bersama di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.
PKPB: Kompaun bukan main-main
Masih ada pihak yang degil dan tetap cuba merentas negeri walaupun berdepan dengan risiko kompaun bagi kesalahan itu.
Syed Saddiq terpaksa lari, guna jalan tikus, lompat pagar
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terpaksa lari, menggunakan jalan tikus dan lompat pagar seperti orang yang bersalah gara-gara diserang 200 individu yang berlagak.
Apa rasanya menjadi pelarian?
Demi Tuhan, sukar untuk menggambarkan kepayahan dan keperitan pengalaman ini apatah lagi meletakkan diri sendiri dalam situasi rakyat Syria.
Polis Thailand dakwa 129 penjenayah berlindung di Malaysia
Penjenayah yang berlindung di Malaysia itu terlibat pelbagai kesalahan termasuk pengedaran dadah dan pembunuhan.