AIR hujan di seluruh dunia kini tidak lagi selamat untuk diminum kerana paras bahan kimia toksik yang dikenali sebagai PFAS melebihi garis panduan terkini.
PFAS, yang merujuk pada bahan perfluoroalkil dan polifluoroalkil, pada mulanya ditemui dalam pembungkusan, syampu atau alat solek tetapi kini telah merebak ke seluruh persekitaran, termasuk air dan udara.
Pencemaran PFAS memberi kesan negatif kepada sistem pertahanan badan, tetapi kesan keseluruhan terhadap kesihatan manusia dan ekologi masih tidak diketahui.
Saintis yang diketuai oleh Ian Cousins, seorang profesor Sains Alam Sekitar di Universiti Stockholm, telah menjalankan ujian bagi empat jenis PFAS dan menganalisis beberapa ukuran lain.
"Walaupun di kawasan terpencil dan tidak ramai penduduk seperti Antartika dan dataran tinggi Tibet, PFAS yang dicatatkan adalah melebihi paras garis panduan," kata Cousins dalam kajian yang diterbitkan minggu lepas.
Sebahagiannya mempunyai kaitan dengan garis panduan tahap PFAS, yang telah menurun dengan ketara di banyak negara. Sebagai contoh, nilai garis panduan air minuman yang baru dikeluarkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat untuk PFA penyebab kanser tertentu ialah 37.5 juta lebih kecil daripada standard sebelum ini.
Ia dilakukan selepas mendapati bahan kimia berkenaan berupaya menjejaskan tindak balas imun kanak-kanak terhadap vaksin.
Walaupun terdapat teknologi pembersihan yang boleh membantu membuang bahan kimia ini, ia memerlukan kos yang tinggi dan tidak akan dapat mengekstrak PFAS yang mencukupi untuk memenuhi had keselamatan baharu.
Cousins berkata tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali menunggu selama beberapa dekad.
"Ia akan perlahan-lahan mencairkan ke lautan. Kita juga boleh menghentikan larut lesap dari tapak pelupusan sampah lama (dengan menutup tapak pelupusan sampah dan merawat bahan larut lesap) dan memastikan sisa lama dibakar pada suhu tinggi."
Agensi
Sun Aug 14 2022

Walaupun di kawasan terpencil dan tidak ramai penduduk seperti Antartika dan dataran tinggi Tibet, PFAS yang dicatatkan adalah melebihi paras garis panduan. - Gambar hiasan

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Air hujan kini tidak lagi selamat diminum
Pencemaran PFAS memberi kesan negatif kepada sistem pertahanan badan, tetapi kesan keseluruhan terhadap kesihatan manusia dan ekologi masih tidak diketahui.

Masalah air Kelantan: AKSB sedia pelan jangka pendek, panjang
Langkah jangka pendek dan panjang dilaksanakan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Masalah air bersih di pantai timur Sabah perlu perhatian
Penduduk di Tawau mendakwa, penderitaan sudah berlarutan selama beberapa tahun, tanpa perhatian pihak berwajib.

Sistem tadah air hujan bantu jimat kos rawat air - Halimah
Amalan mendapatkan bekalan air menerusi SPAH sebagai sumber air alternatif boleh membantu kerajaan menjimatkan kos merawat air.