Pelbagai rintangan dihadapi pelajar Sekolah Kebangsaan Balambangan Banggi, Kudat, Sabah.
Mereka terpaksa mengharungi perjalanan menaiki bot selama sejam demi menuntut ilmu.
Namun kesukaran itu mungkin dapat diatasi dengan pembinaan Asrama Harian Luar Bandar ( AHLB ) yang diusahakan oleh syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Menurut Pengetua Sekolah berkenaan, Salmat Abi , kesukaran ini dihadapi kerana kedudukan kampung yang jauh dari sekolah.
Pembinaan AHLB, telah digerakkan oleh pihak Petronas sejak April tahun lalu.
Ia mampu menempatkan lebih kurang 120 orang pelajar pada satu-satu masa.
Sementara itu, Ketua Petronas Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Rokiah Sulaiman menyatakan setelah selesai pembinaan asrama ini mereka akan menguruskan semua permit agar asrama ini boleh digunakan oleh pelajar secepatnya.
Asrama Harian Luar Bandar yang dilengkapi dengan asrama lelaki dan perempuan serta surau dan dewan makan ini sudah siap 80 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan September ini.
Ikuti segmen Cerita oleh wartawan Astro AWANI, Asyraf Roslan yang membuat liputan sejak 3 Julai sehingga 5 Julai.
Asyraf Roslan
Mon Jul 08 2019
Pegawai Komunikasi Korporat Petronas, Estee Aina bermesra bersama dengan pelajar SK Balambangan Banggi - Gambar Petronas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Pembukaan AHLB SK Balambangan disambut gembira oleh pelajar, guru
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal selamat merasmikan majlis penyerahan AHLB yang telah berlangsung pada Sabtu
AHLB beri sinar baru buat pelajar SK Balambangan Banggi
Pelbagai rintangan dihadapi pelajar Sekolah Kebangasaan Balambangan Banggi, Kudat, Sabah.