Jenama yang semakin meningkat naik Afiq M, tahun ini mempertaruhkan perhiasan mutiara dalam rekaan terbaru koleksi terbarunya.

Pengasas jenama itu, Afiq Mohamed berkata mutiara dipilih bagi memberi kesan klasik dan sesuai dengan tema tradisional raya.

Tahun ini Afiq Mohamed membawakan banyak silhouette kebaya yang diinspirasikan dari rakan-rakannya sendiri seperti model terkenal Alicia Amin.

Koleksi raya Afiq M kini dijual di destinasi beli belah atas talian, Zalora.

Ikuti temubual eksklusif Style District Raya 2018 bersama Afiq Mohamed mengenai inspirasi baju raya Afiq M tahun ini.