Rancangan sukan lasak terbitan Astro Awani, Adrenalin membawakan Liga Mini Ramp Adrenalin DC yang bermula di perkarangan Stadium Batu Kawan Pulau Pinang 29-30 Jun ini.
Dua kategori sukan dipertandingkan iaitu BMX dan papan selaju ataupun ‘skateboarding’.
Penyertaan dibuka kepada semua atlet sukan BMX dan skateboarding.
Atlet yang berminat boleh hadir pada jam 10 pagi di venue kejohanan untuk mendaftar.
Liga bermula dengan saingan skateboarding pada Sabtu dan BMX pada Ahad.
Juara setiap pusingan akan membawa pulang RM1,000 dan 10 mata kejohanan, diikuti 7 mata untuk tempat kedua, 4 mata untuk tempat ketiga, 2 mata untuk tempat keempat dan 1 mata untuk tempat kelima.
Johan keseluruhan akan membawa pulang bonus RM1,000 sekaligus dinobat Juara Liga Mini Ramp Adrenalin DC.
Selain dapat bertanding dan menyaksikan aksi hebat BMX dan skateboarding tempatan, anda juga berpeluang melihat disebalik tabir pembikinan Adrenalin.
Anda juga berpeluang bertemu dengan hos Adrenalin dan penyampai Astro Awani yang lain di lokasi kejohanan.
Astro Awani juga akan merakam dan menerbitkan program khas empat episod Liga Mini Ramp Adrenalin DC yang bakal disiarkan setiap penghujung bulan bermula Ogos.
Selepas Pulau Pinang, Liga Mini Ramp Adrenalin DC akan menjejalah ke Kuantan, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.
Tarikh hentian seterusnya akan diumumkan selepas tamat pusingan pertama di Pulau Pinang.
Untuk maklumat lanjut mengenai Liga Mini Ramp Adrenalin DC, anda boleh menghantar email kepada penerbit Adrenalin ian_akib@astro.com.my.
Astro Awani
Fri Jun 28 2013
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jururawat dituduh bunuh pesakit, keputusan perbicaraan pada Isnin
Dalam perbicaraan sebelum ini di Mahkamah Wilayah Munich I, lelaki itu mengakui kesalahan terbabit, tetapi tidak berniat menyebabkan kematian.

#Adrenalin kembali di Rancak TV
Aksi papan selaju dari Vans Park Series di Singapura dan cabaran yang bakal dihadapi Arina Rahman di Sukan SEA 2019.

Bintang Fear Factor sertai Liga Mini Ramp Adrenalin DC
Pelakon dan Bintang Fear Factor Malaysia, Alif Hadi yang juga salah seorang rider DC Shoes Malaysia mengesahkan penyertaannya pada pusingan kedua Liga Mini Ramp Adrenalin DC di Kuantan, 7-8 September.
Adrenalin cari juara BMX dan skateboarding tempatan
Adrenalin membawakan Liga Mini Ramp Adrenalin DC yang bermula di perkarangan Stadium Batu Kawan Pulau Pinang 29-30 Jun ini.