Disebabkan kemajuan teknologi yang kita kecapi sekarang ini, semua kerja dan perkara yang kita lakukan menjadi lebih mudah.
Di Google Play Store, pelbagai aplikasi telah direka khas yang sesuai dengan cara hidup kita untuk membantu kehidupan seharian kita ketika di bulan Ramadan.
Di sini, kami telah menyenaraikan pelbagai aplikasi yang boleh anda gunakan di bulan Ramadan ini.
AL QURAN MELAYU
Dengan adanya aplikasi ini, anda dapat mengakses kitab Al-Quran hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda. Menariknya, aplikasi ini juga mempunyai ciri tambahan yang baik seperti terjemahan Al-Quran yang turut dilengkapi audio.
COOKPAD
Cookpad merupakan aplikasi perkongsian resepi yang membolehkan anda simpan dan berkongsi resepi anda. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh mempelajari resepi baharu untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
HALAL NAVI
Untuk mencari makanan halal dan masjid di seluruh Malaysia agak mudah. Tetapi, ketika anda berada di luar negara, aplikasi ini sangat membantu anda. Halal Navi membantu anda mencari kedai makan yang mempunyai sijil Halal yang sah serta masjid yang terdekat dengan lokasi berhampiran anda. Malah, aplikasi ini turut menyediakan ulasan tentang makanan di kedai makanan tersebut.
JOURNEY
Aplikasi Journey ini merupakan panduan untuk anda mengenal pasti rutin harian serta membolehkan anda membuat senarai resolusi yang anda ingin capai di bulan mulia ini. Ia bertindak sebagai diari dan journal harian anda sepanjang hari di bulan Ramadan.
MUSLIM PRO MALAYSIA – waktu solat, Azan, Quran
MuslimPro Malaysia ada semua yang anda perlukan ketika bulan Ramadan ini. Anda boleh memeriksa waktu solat, arah kiblat dan banyak lagi.
SHARE THE MEAL
Dengan aplikasi ini, anda boleh beramal dengan melakukan sedekah kepada umat Islam yang kurang bernasib baik di negara lain. Sumbangan anda akan dikumpulkan dan diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
TASTY
Sama seperti Cookpad, aplikasi ini memberi anda idea untuk memasak menu juadah berbuka puasa. Kebanyakkan resepi di aplikasi ini agak mudah dan menyelerakan.
YUMMLY
Bukan sahaja menyediakan resepi enak yang anda boleh cuba di bulan puasa, malah anda juga boleh menyenaraikan barangan yang anda ingin beli serta dilengkapi maklumat nutrisi makanan yang anda masak.
Dengan adanya aplikasi-aplikasi ini, Ramadan anda akan lebih mudah serta menenangkan. Ia sangat praktikal, berguna serta menghiburkan.