Seramai 20,000 orang dijangka menyertai program Fit Malaysia peringkat Negeri Sembilan 2016 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan di Dataran Rembau, Ahad ini.
Pengarah Belia dan Sukan negeri Azura Sarbin berkata objektif utama program berkenaan adalah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di seluruh negara berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan.
"Fit Malaysia adalah satu program untuk meningkatkan kefahaman dalam aspek kecergasan dan pergerakan fizikal rakyat Malaysia, untuk melakukan aktiviti kecergasan dan aktiviti sukan. Ia juga bertujuan untuk merangsang masyarakat menghayati konsep 'Sukan Untuk Semua' dengan menfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Ke Arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu.
"Secara tidak langsung program ini akan memperkukuhkan aspek kefahaman yang menjadi titik tolak pembentukan negara bersukan (sporting nation )," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.
Katanya kejayaan penganjuran Fit Malaysia 2016 terletak kepada sokongan dan sambutan yang diberikan oleh peserta tanpa mengira kaum, jantina dan peringkat umur.
"Justeru itu, saya menyeru kepada semua rakyat Negeri Sembilan ini khususnya supaya hadir beramai-ramai memeriahkan Fit Malaysia 2016 peringkat Negeri Sembilan di padang Dataran Rembau pada Ahad ini.
"Perkara penting yang hendak dipesan di sini ialah jaga keselamatan diri dan ikuti peraturan yang telah ditetapkan sama ada dalam perjalanan atau semasa berada di tapak program itu
nanti.
"Kita menetapkan sasaran bilangan penyertaan Fit Malaysia tahun ini seramai 10,000 orang namun bagi Negeri Sembilan sendiri melalui Jawatankuasa Induk Fit Malaysia Negeri Sembilan telah menetapkan KPI yang lebih tinggi iaitu 20,000 orang akan terlibat di Fit Malaysia Peringkat Negeri Sembilan 2016," katanya.
Aktiviti utama program itu ialah acara larian (FM Run) dengan jarak sejauh 5km dan 10km (santai), berbasikal (FM Ride) sejauh 10km dan 30km (santai) serta aktiviti kecergasan fizikal seperti zumba, 'stick 2 stix', 'fit ball' dan 'line dance'.
Sementara aktiviti sampingan ialah aktiviti sukan/rekreasi/riadah yang bersesuaian seperti 'fitness challenge', 'martial arts', 'dummy props', 'mini obstacle run' serta 'modern & home gym'.
Turut diadakan ialah pameran oleh Institut Sukan Negara (ISN), Sekretariat Hari Sukan Negara, Sekretariat Sukan SEA 2017, Jabatan Kesihatan Negeri dan 'sport massage' serta jualan 'merchandise & healthy F&B.
Program itu dijangka akan dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Bernama
Thu Sep 01 2016
![20,000 dijangka sertai Fit Malaysia di Rembau Ahad ini 20,000 dijangka sertai Fit Malaysia di Rembau Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81446130820_950x600.jpg)
Fit Malaysia adalah satu program untuk meningkatkan kefahaman dalam aspek kecergasan dan pergerakan fizikal rakyat Malaysia. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676443032_HannahYeoh.jpg)
Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.
![KBS hasrat teruskan program 'skrin besar' KBS hasrat teruskan program 'skrin besar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673110147_PenontonBolaSepak.jpg)
KBS hasrat teruskan program 'skrin besar'
Ia bagi memberi akses tambahan kepada peminat tanah air menyaksikan acara sukan secara langsung.
![Ratu Elizabeth II mangkat: Apa yang akan berlaku kepada acara sukan di UK? Ratu Elizabeth II mangkat: Apa yang akan berlaku kepada acara sukan di UK?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662658760_RatuElizabethII.jpg)
Ratu Elizabeth II mangkat: Apa yang akan berlaku kepada acara sukan di UK?
Perlawanan bola sepak pada hujung minggu berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth hampir pasti akan dibatalkan.
![Keputusan benarkan penyokong kembali ke stadium dijangka diketahui hari ini Keputusan benarkan penyokong kembali ke stadium dijangka diketahui hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/51572057045_StadiumKL.jpg)
Keputusan benarkan penyokong kembali ke stadium dijangka diketahui hari ini
Pengumuman yang dinanti-nantikan oleh penyokong sukan tanah air terutama penyokong bola sepak, dijangka dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya.
![PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609274665_DatukSeriMegatD.jpg)
PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi
Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) mencadangkan agar 18 sukan dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-11.
![Sebelum 'mati' lebih baik pindah! Ahli gusti bertopeng Mexico cari cara lain teruskan perjuangan Sebelum 'mati' lebih baik pindah! Ahli gusti bertopeng Mexico cari cara lain teruskan perjuangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603611649_mexicowrestler.jpg)
Sebelum 'mati' lebih baik pindah! Ahli gusti bertopeng Mexico cari cara lain teruskan perjuangan
Kewujudan mereka selama ini dianggap suatu yang 'legendary', namun pandemik COVID-19 telah mengubah segalanya.
![Mengapa kecoh dengan banyak acara Sukan Olimpik di Sukan SEA Vietnam? Mengapa kecoh dengan banyak acara Sukan Olimpik di Sukan SEA Vietnam?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61536502823_BolaJaring.jpg)
Mengapa kecoh dengan banyak acara Sukan Olimpik di Sukan SEA Vietnam?
MOM bimbang kontinjen negara boleh kehilangan 18 pingat emas di Sukan SEA Vietnam berbanding dengan Sukan SEA Manila tahun lepas.
![COVID-19: Dua perlawanan Liga Europa berlangsung secara tertutup COVID-19: Dua perlawanan Liga Europa berlangsung secara tertutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583801822_TBNunoEspirito.jpg)
COVID-19: Dua perlawanan Liga Europa berlangsung secara tertutup
Kedua-dua pertemuan pada awal pagi Jumaat ini merupakan perlawanan terbaru yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
![Kos penganjuran LTdL 2020 sekurang-kurangnya RM20 juta Kos penganjuran LTdL 2020 sekurang-kurangnya RM20 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81487862495_950x600.jpg)
Kos penganjuran LTdL 2020 sekurang-kurangnya RM20 juta
Jumlah kos tersebut mungkin meningkat lebih daripada jumlah itu, ekoran faktor logistik bagi perlumbaan di Sabah dan Sarawak.
![Jelajah Semenanjung: Tiada tekanan buat pelumba negara Jelajah Semenanjung: Tiada tekanan buat pelumba negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41453566595_TOURDEFRANCE.jpg)
Jelajah Semenanjung: Tiada tekanan buat pelumba negara
Perlumbaan itu akan menjadi medan persediaan dan penilaian prestasi atlet sebelum Sukan SEA Filipina, November depan.