SEDARKAH anda dianggarkan sebanyak 16,668 tan sehari sisa makanan yang dibazirkan oleh isi rumah di mana pembaziran tersebut boleh mencecah sebanyak 6.1 juta tan makanan setahun?
Statistik yang dilaporkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) itu menggambarkan bagaimana masalah ini perlu dipandang serius dan diselesaikan secara efektif.
Malah lebih mengejutkan, KRI memaklumkan jumlah pembaziran makanan yang dibuang, khususnya oleh isi rumah dalam sehari itu cukup untuk menampung seramai 2.2 juta orang untuk makan tiga kali sehari.
Pernah kita bayangkan nasib rakyat di negara lain yang tidak mendapat makanan secukupnya, namun di Malaysia nampaknya situasi itu berbeza?
Atas sebab itu, Hari Makanan Sedunia yang disambut pada 16 Oktober setiap tahun, adalah sangat penting untuk membawa kesedaran global mengenai isu pembaziran sisa makanan.
Menyedari keadaan itu, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd menzahirkan komitmen dan pendirian tegas terhadap isu global tersebut apabila menjadi peruncit pertama yang menerbitkan data sisa makanannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie berkata sebagai peruncit, Tesco memahami cabaran untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, yang mana boleh menyebabkan lebihan makanan tidak terjual.
“Oleh itu, ketelusan dan perancangan adalah penting untuk mengenal pasti punca dan penyelesaian bagi masalah pembaziran makanan, kerana apa yang kita tahu, kita boleh atasi,” kata beliau.
Jelas Ritchie, usaha pasar raya itu ke arah mengurangkan lebihan sisa makanan sudah dilakukan sejak sekian lama.
“Dengan semua usaha yang kami lakukan, menerbitkan data sisa makanan kami adalah langkah yang rasional dalam perjalanan untuk mewujudkan Malaysia yang lebih mampan dan mesra alam,” tambah beliau.
Antara usaha dilaksanakan oleh syarikat peruncit itu ialah menjalankan kerjasama dengan Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen sejak Oktober 2016 dengan menyumbangkan buah-buahan, sayur-sayuran dan lebihan yang tidak dijual tetapi boleh dimakan setiap hari.
Usaha itu berkembang dan membuahkan hasil apabila kini sebanyak 59 pasar raya Tesco di seluruh negara melaksanakannya dan secara keseluruhan sebanyak 4.8 juta makanan disumbangkan sejak 2016.
Sehingga tahun kewangan berakhir 28 Februari lalu, Tesco telah mendermakan 610 tan lebihan makanan tidak terjual tapi masih elok dimakan kepada golongan memerlukan.
Jumlah sumbangan berkenaan bersamaan dengan 1.4 juta hidangan siap dimasak.
Mengulas lanjut, Ritchie berkata Tesco turut bekerjasama dengan MYSaveFood Network, iaitu di bawah rangkaian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), untuk memulakan Edible Garden Programme dengan 26 sekolah angkat Tesco.
Ujarnya, program tersebut merupakan sebahagian tanggungjawab sosial dan korporat Tesco dalam pendidikan dan alam sekitar, di mana pelajar diajar untuk mengurangkan pembaziran sisa makanan.
Sementara itu, Ketua MYSaveFood Network, Dr Ainu Husna MS Suhaimi juga memuji inisiatif yang dilaksanakan oleh Tesco kerana secara tidak langsung jumlah sisa makanan dapat dikawal menerusi data yang dicatatkan.
“Ia dapat memberi kesedaran dan manfaat kepada semua pihak terbabit. Diharapkan lebih banyak organisasi akan mengikuti langkah Tesco dan seterusnya mencapai objektif pengurangan makanan pada pertengahan 2030,” katanya.
Dalam laporan Pelan Pembangunan Pengurusan Sisa Makanan bagi Sektor Industri (2016-2026), Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbadanan Pembersihan Awam menyatakan sektor isi rumah menghasilkan kira-kira 44.5 peratus sisa makanan, manakala Perindustrian, Perdagangan dan Institusi pula sebanyak 31.4 peratus.
Astro Awani
Thu Oct 17 2019
Sempena sambutan Hari Makanan Sedunia yang disambut pada 16 Oktober setiap tahun, adalah sangat penting untuk membawa kesedaran global mengenai isu pembaziran sisa makanan. - Gambar Tesco Malaysia
Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok.
4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.
Bomba selamatkan buruh binaan tertimbus tanah
Seorang buruh binaan warga Indonesia berdepan detik cemas apabila tertimbus tanah ketika kerja menggali lubang tangki kumbahan di Dungun.
Gagal serah notis, sebutan kes cerai Linda-Beego ditunda
Prosiding penceraian membabitkan pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego ditangguhkan pada 6 Mac depan.
Parlimen: Peningkatan inflasi perubatan punca tuntutan insurans kesihatan naik
Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat.
Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong
Mayat mangsa kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong telah dibawa keluar oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hospital Bentong.
[TERKINI Mayat mangsa nahas helicopter dekat Bentong dibawa keluar
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.
Hati sudah kosong, Linda Hashim nekad bercerai dengan Beego
PELAKON Linda Hashim nekad untuk meneruskan penceraiannya dengan Beego dan sedar bahawa mereka tidak dapat rujuk kembali selepas talak kali ketiga dijatuhkan.
16,668 tan dibuang setiap hari! Ini inisiatif Tesco atasi pembaziran makanan
Pernah kita bayangkan nasib rakyat di negara lain yang tidak mendapat makanan secukupnya, namun di Malaysia nampaknya situasi itu berbeza?