SEORANG wanita bernama Amina Jasmine menceritakan pengalaman berdepan dengan proses pemindahan kubur arwah ibunya.
Amina berkongsi kisah tersebut menerusi laman Facebook miliknya.
"Alhamdulillah, selesai pemindahan kubur mak. 12 tahun mak pergi menghadap Ilahi. Jenazah mak elok. Masih dalam keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak.
"Bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas di pandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar. Maha suci Allah.
"Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata orang lain. Tak suka mencerca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap cerca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.
"Dan siapa sangka dalam kepadatan tanah perkuburan Bukit Alif. Mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah. Maha suci Allah.
"Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku 'sesuatu'. Tentang hidup ini, hati ini, keinsafan ini. Maaf andai perkongsian ini menjadi kalian tidak selesa. Tetap jadikanlah ia sebagai iktibar dan ingatan agar kita terus berusaha membaiki hati dan amal kita. Maaf dari saya insan yang jahil.
"Pemindahan kubur ini kerana tanah perkuburan telah diambil bagi projek pembangunan. Semua jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan mengikut kehendak waris. Wallahualam. Cari redha Allah," tulis Amina.
Status yang dicoretkan Aminah mendapat hampir 17,200 perkongsian pengguna Facebook serta 8,000 komen netizen.
Rata-rata komen yang ditinggalkan memuji kebesaran Allah dan netizen turut mendoakan agar arwah ibu Amina ditempatkan dikalangan orang beriman.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Facebook Amina Jasmine
Gempak
Sat Nov 18 2017
Status yang dicoretkan Aminah mendapat hampir 17,200 perkongsian pengguna Facebook serta 8,000 komen netizen.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
"12 tahun mak pergi, jenazah masih elok" - Wanita cerita pengalaman pindah kubur
Seorang wanita bernama Amina Jasmine menceritakan pengalaman berdepan dengan proses pemindahan kubur arwah ibunya.