KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengubah aktiviti harian penduduk dunia, malah turut mengubah landskap kerjaya manusia hampir secara keseluruhan.
Istilah work from home (WFH) mungkin sebelum ini tidak begitu popular sehingga bertapaknya wabak pembunuh virus SARS-CoV-2.
Dengan adanya pelbagai teknologi terkini, tugas-tugas yang dahulunya hanya boleh dilakukan di tempat kerja kini telah dapat dilakukan bukan sahaja di rumah, malah di mana-mana sahaja kita berada.
Memetik laporan World Economic Forum, berikut adalah 10 kerjaya yang bakal menjadi pilihan utama orang ramai pada fasa pasca COVID-19.
1. Fasilitator
Sebelum tahun 2020, dianggarkan kurang daripada lima peratus individu yang bekerja dari rumah.
Namun kini, ekoran penularan pandemik itu, trend tersebut berubah sehinggakan kerjaya ini dilihat bakal menjadi rebutan utama rakyat dunia.
2. Perundingan kecergasan
Tempoh lockdown yang berpanjang dan tiada kesudahannya, menyebabkan ramai berdepan dengan masalah berat badan.
Manakan tidak, aktiviti seperti hiking dan sukan secara berkumpulan tidak dibenarkan.
Maka, sebagai langkah pintas, orang ramai sanggup membayar perunding kecergasan yang mana pemantauan boleh dijalankan secara dalam talian sahaja. Mudahkan?
Malah Indeks Pekerjaan Cognizant of the Future (CJoF) mendapati, jumlah mereka yang menceburi kerjaya itu meningkat kira-kira 28.7 peratus pada suku pertama tahun ini.
3. Pereka hiasan dalaman
Memandangkan pergerakan orang ramai kini terhad, apatah lagi memikirkan mengenai percutian dan terpaksa menghabiskan sebahagian besar dari masa terluang di rumah.
Orang ramai kini sanggup mengeluarkan kos tinggi bagi menjadikan rumah mereka bak 'istana'. Justeru individu yang dicari tentukan pereka hiasan dalaman.
4. Kaunselor program XR Immersive
Dengan menggunakan teknologi Realiti Maya (VR) dan Realiti Luasan (AR), program XR Immersive kini semakin mendapat perhatian majikan untuk menjadikan pekerja mereka lebih produktif.
5 Arkitek tempat kerja
Arkitek kini mungkin akan lebih futuristik memikirkan persekitaran tempat kerja yang kini lebih menekankan konsep WFH.
Maka bangunan atau pejabat tempat kerja kini barangkali memerlukan pengubahsuaian berskala besar.
6. Editor algoritma
Gaya hidup bersandarkan norma baharu yang sebahagian besar kerja atau pembelajaraan bermodulkan secara dalam talian, jadi kerjaya ini difikirkan amat relevan dalam memfokuskan usaha untuk memahami algoritma di media sosial.
Antara fokus algoritma adalah untuk komuniti pada tahun depan di samping memperluaskan jaringan tersendiri.
7. Detektif Data
Ia adalah satu kerjaya yang berkembang pesak sejak pandemik ini.
Kerjaya ini menyaksikan peningkatan kira-kira 42 peratus pada suku tahun pertama tahun ini.
Di samping itu, mereka juga membantu syarikat dalam menyiasat data besar.
8. Pakar Peramal Siber
Menyedari pelbagai bentuk serangan siber, permintaan terhadap kerjaya itu meningkat sehingga 28 peratus pada suku pertama tahun ini.
Kerjaya ini penting dalam membuat ramalan terutamanya kepada syarikat untuk mengatur keupayaan pengoperasian.
9. Arkitek tidewater
Perubahan iklim menyebabkan kenaikan permukaan air laut. Menyedarinya, projek-projek berskala besar muncul sejak kebelakangan ini dan menjadi antara kerjaya paling popular abad ke-21.
Malah indeks CJoF turut mendedahkan permintaan untuk kerjaya ini meningkat sehingga 37 peratus pada suku tahun pertama tahun ini.
10. Juruteknik robot
Peningkatan ke atas penggunaan robot menggantikan manusia di tempat kerja menyebabkan permintaan terhadap kerjaya ini meningkat sehingga 50 peratus pada suku pertama tahun ini.
Bayangkan permintaan kerjaya ini pada masa-masa yang akan datang.
Umavathi Ramayah
Sun May 23 2021
Peningkatan ke atas penggunaan robot menggantikan manusia di tempat kerja menyebabkan permintaan terhadap kerjaya juruteknik robot meningkat. - Gambar hiasan/PIXABAY
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
10 kerjaya bakal jadi pilihan, popular pasca COVID-19
Memetik laporan World Economic Forum, berikut adalah 10 kerjaya yang bakal menjadi pilihan utama orang ramai pada fasa pasca COVID-19.