Sat Aug 20 2016


Seorang penyokong menyelubungi diri dengan Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi kepada Malaysia kepada para atlit di Temasya Sukan Olimpik Rio 2016. - Astro AWANI/Shahir Omar

Kegembiraan jelas terpancar di muka penyokong apabila Malaysia memenangi satu mata semasa perlawanan akhir badminton yang disiarkan secara langsung di Putrajaya. - Astro AWANI/Shahir Omar

Sorakan untuk Malaysia, sorakan yang akan dicatit dalam sejarah, untuk wira negara yang layak ke pusingan akhir di Temasya Sukan Olimpik Rio 2016. - Astro AWANI/Shahir Omar

Ramai penyokong terpaksa duduk di atas kereta masing-masing semasa siaran secara langsung perlawanan akhir badminton di Putrajaya. - Astro AWANI/Shahir Omar

Setiap sudut dan celah dipenuhi penyokong yang menyaksikan siaran secara langsung perlawanan akhir badminton di Putrajaya. - Astro AWANI/Shahir Omar

Penyokong tegar badminton menonton perlawanan akhir yang disiarkan secara langsung di Putrajaya untuk tontonan umum. - Astro AWANI/Shahir Omar

Perlawanan akhir terlalu lama bagi anak kecil ini yang tertidur semasa perlawanan akhir badminton. - Astro AWANI/Shahir Omar

Seorang penyokong muda memberi senyuman manis semasa memberi sorakan kepada wira negara semasa acara akhir badminton yang disiarkan secara langsung di Putrajaya. - Astro AWANI/Shahir Omar

Walaupun keputusan menunjukkan China mengalahkan Malaysia pada perlawanan akhir, kepada penyokong negara Malaysia tetap nombor satu. - Astro AWANI/Shahir Omar

Walaupun berbeza, kami tetap sama dan bangga menjadi warga Malaysia penyokong badminton menonton siaran langsung perlawanan akhir badminton di Putrajaya. - Astro AWANI/Shahir Omar

Beribu rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya bagi mengibar Jalur Gemilang sepanjang malam dan memberi sorakan kepada wira negara di Rio. - Astro AWANI/Shahir Omar

Walaupun China menang satu mata, semangat mereka tidak berbelah bagi untuk memberi sorakan kepada wira negara di Rio. - Astro AWANI/Shahir Omar

Tua dan muda keluar beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan akhir badminton yang disiarkan secara langsung di Putrajaya. - Astro AWANI/Shahir Omar

Terdapat wajah yang dikenali di kalangan orang ramai di Putrajaya, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberika sorakan yang tidak berbelah bagi kepada Datuk Lee Chong Wei. - Astro AWANI/Shahir Omar

Sorakan bersepadu bagi wira negara Datuk Lee Chong Wei semasa perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki yang disiarkan secara langsung di Putrajaya. - Astro AWANI/Shahir Omar

Beribu-ribu rakyat Malaysia mengibarkan bendera Malaysia dengan bangganya semasa perlawanan akhir badminton yang disiarkan secara langsung di Putrajaya. - Astro AWANI/Shahir Omar
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.