Sat Nov 21 2015


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba untuk berucap pada sesi town hall bersama peserta Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Petaling Jaya, petang Jumaat.- AP Photo / Vincent Thian

Sesi itu yang bermula pukul 4.20 petang Jumaat itu berakhir lebih daripada satu jam setengah dengan Obama mendengar begitu teliti dan menjawab pelbagai aneka soalan yang merangkumi soal perubahan iklim, politik, perjanjian perdagangan serta peranan belia. - fotoBERNAMA

YSEALI adalah inisiatif kerajaan AS untuk memupuk kepimpinan dan meningkatkan rangkaian di ASEAN, pertambahan pemimpin muda serta memperkukuhkan hubungan antara AS dengan pemimpin muda di rantau ini. - fotoBERNAMA

Menurut Obama, mengadakan dialog antara agama dan menggalakkan toleransi merupakan antara nilai yang didukung YSEALI yang kini mempunyai lebih 55,000 anggota di seluruh rantau ini. - AP Photo / Susan Walsh

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjaya membuat para belia ASEAN teruja dengan jenaka dan sikap bersahajanya. - AP Photo / Susan Walsh

Peserta tekun mendengar. Selaras dengan aspirasi YSEALI, Malaysia dipuji oleh Obama bagi kerjasamanya dengan United States Peace Corps dalam membantu masyarakat kurang berkemampuan di Malaysia. - AP Photo / Susan Walsh

Seorang peserta Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI)bertanya soalan di sesi pertemuan itu. Ia adalah antara program Obama dalam rangka lawatan tiga hari sempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur. - AP Photo / Susan Walsh

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menghadiri sesi town hall bersama golongan muda di bawah Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di sebuah universiti swasta di Subang Jaya. - fotoBERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.