Sun Mar 25 2018
Seorang kanak-kanak lelaki mengecat wajahnya dengan nombor 60, sebagai simbolik tempoh 60 minit bergelap untuk sambutan Earth Hour di Manila, Filipina. - REUTERS/Romeo Ranoco
Memorial perang yang dikenali sebagai The India Gate turut bergelap seketika sempena sambutan Earth Hour di India. - REUTERS/Saumya Khandelwal
Pemandangan dari jauh barisan bangunan di Moscow International Business Centre atau "Moskva-City" sejurus lampu dipadamkan sempena sambutan Earth Hour 2018. - Foto REUTERS/Sergei Karpukhin
Kelihatan kuil purba, Roman Temple of Hercules di Amman Citadel, Jordan sejurus lampu dipadamkan sempena sambutan Earth Hour pada Sabtu. - REUTERS/Muhammad Hamed
Bangunan bersejarah Colosseum, di Rom Itali turut bergelap sempena sambutan Earth Hour. Kempen Earth Hour merupakan inisiatif peringkat antarabangsa yang dianjurkan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam usaha menangani masalah pemanasan global dan diadakan pada Sabtu terakhir bulan Mac pada setiap tahun. - Foto REUTERS/Stefano Rellandini
Jambatan lama, Old Bridge sewaktu sambutan Earth Hour di Mostar, Bosnia and Herzegovina. - REUTERS/Dado Ruvic
Bayangan jambatan baharu "Puente Nuevo" di selatan Sepanyol sempena sambutan Earth Hour pada Sabtu. - REUTERS/Muhammad Hamed
Warga Jordan menyalakan lilin sempena sambutan Earth Hour pada Sabtu. - AP Photo/Raad Adayleh
Pemandangan Jambatan Darul Hana berhampiran Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Kempen Earth Hour yang dirakam dari Tebingan Sungai Kuching malam tadi.- fotoBERNAMA (2018)
Vietnam-Rusia tandatangani perjanjian berkaitan nuklear
Kerajaan Vietnam dan Rusia memeterai beberapa kerjasama termasuk berkaitan tenaga nuklear. Perjanjian itu dimeterai ketika lawatan kerja Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin di Hanoi pada Selasa.
Kanak-kanak Palestin alami trauma melampau
Serangan berterusan Israel di Gaza meninggalkan kesan psikologi yang amat mendalam terhadap kanak-kanak Palestin. Ini cerita seorang anak kecil bernama Mohammed Salem yang kini yatim piatu. Dia kehilangan kedua ibu bapanya serta saudara kembar dalam serangan tidak berperikemanusiaan Israel di wilayah itu.
Sydney tutup sembilan pantai
Sembilan pantai di Sydney, termasuk kawasan perairan terkenal Manly, ditutup kepada pengunjung hari ini, susulan bebola berona putih dan kelabu terdampar di pesisir pantai ketika kemuncak cuti musim panas.
Sesi pertama pendengaran perbicaraan Presiden Korea Selatan berakhir dalam 4 minit
Pemangku Presiden Mahkamah Moon Hyung Bae mengumumkan perbicaraan akan diteruskan seperti yang dijadualkan tanpa mengira kehadiran Suk Yeol, dengan sesi seterusnya ditetapkan pada Khamis pukul 2 petang.
Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
: ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau, di samping memupuk kerjasama dengan pemain industri global.
Polis tahan sembilan lelaki disyaki menyamar, rompak
Polis menahan sembilan lelaki warga tempatan kerana disyaki merompak sekumpulan pekerja kebun sayur dengan menyamar sebagai anggota penguat kuasa dan bersenjatakan parang, tengah malam Isnin.
Pistol, 67 butir peluru hidup ditemui dalam kotak misteri di Pantai Robina
Misteri sebuah kotak berbalut plastik hitam dijumpai di persisiran Pantai Robina di Butterworth, Pulau Pinang, awal pagi Selasa, terjawab dengan penemuan sepucuk pistol bersama kelopak peluru dan 67 butir peluru hidup di dalamnya.
Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, keseluhan proses berkaitan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) ini hanya mengambil masa 11 bulan sahaja.
Isu selesai, tiada ralat dalam soal dasar – PM
Isu yang berbangkit mengenai kedudukan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah selesai tanpa sebarang ralat dari segi dasar dan perundangan.
Skim harga maksimum diumum dalam masa terdekat
Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat