Sun Mar 07 2021
Jam 1:30 pagi 8 Mac 2014, penerbangan MH370 dilaporkan hilang daripada radar kira-kira 120 batu nautika di perairan timur Kota Bharu, Kelantan pada ketinggian 35,000 kaki dari aras laut. Jam 5:30 pagi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan melibatkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
Pada 20 Mac, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dua objek yang dikesan satelit berukuran 24 meter mungkin berkait rapat dengan penerbangan MH370.
"Dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin malam. Kegusaran serta kebimbangan rakyat Malaysia ke atas kehilangan penerbangan MH370 terjawab. Pengumuman yang sukar diterima ini rata-ratanya telah meruntun jiwa rakyat Malaysia yang sama-sama menunggu berita baik dari tragedi yang julung kalinya berlaku kepada Negara. Di media sosial, ahli politik, selebriti serta orang ramai berkongsi rasa dukacita serta terkejut dengan pengumuman itu.
Solat hajat turut diadakan bagi mendoakan segala urusan mencari dan menyelamat berjalan lancar dan dipermudahkan. Seorang nelayan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah kira-kira pukul 1.30 pagi pada awal pagi Sabtu semasa sedang memancing ikan di perairan Pantai Kuala Besar, Kota Bharu.
Berbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat milik MAS ini muncul. Media tempatan dan antarabangsa turut menyiarkan berbagai spekulasi mengenai penerbangan MH370 antaranya ada yang melaporkan Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.
Jam 12:41 tengah malam, pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi pada hari yang sama.
Jam 7:30 pagi 9 Mac 2014, kenyataan media daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS pada masa itu, Ahmad Jauhari Yahya mengesahkan kehilangan pesawat itu, kesemua keluarga penumpang telah dimaklumkan dan pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1). Operasi meliputi 50 batu nautika sekitar Igari, sempadan kawalan trafik udara di antara Malaysia dan Vietnam, lokasi terakhir penerbangan MH370 di Laut China Selatan.
Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Hashtag #MH370 dan #PrayForMH370 menjadi trending di Twitter.
Operasi SAR diperluaskan ke utara Selat Melaka, perairan Sumatera dan Laut Andaman, bahagian timur dan barat Vietnam serta hutan dan pergunungan bersempadan Laos dan Kemboja, membabitkan 74 aset pelbagai negara. Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluaskan di Laut China Selatan hingga ke Selat Melaka.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu, daripada negara Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.
APMM menghantar sampel tompokan minyak ditemui di kawasan Laut China Selatan, 100 batu nautika dari pantai Tok Bali dekat sini ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya untuk dianalisis. Bagaimanapun sehari kemudian APMM mengesahkan tompokan minyak dijumpai di Laut China Selatan semalam hanyalah minyak bunker yang memang tidak digunakan oleh kapal terbang. Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang.
Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan titik misteri yang dikesan dalam radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sekitar ruang udara di utara Malaysia sebelum hilang disahkan sebagai penerbangan MH370 milik MAS. Najib menerangkan dalam fasa pertama pencarian pesawat tersebut, data radar dari TUDM menunjukkan bahawa terdapat sebuah pesawat yang tidak dapat disahkan jenisnya telah berpatah balik dan telah melalui laluan penerbangan melewati Selat Melaka. Sekalipun laporan media menyatakan pesawat itu telah dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat segala kemungkinan tentang apa yang menyebabkan Penerbangan MH370 itu melencong.
Kehilangan pesawat MH370 turut mendapat perhatian individu yang mengelarkan dirinya "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin. Aksi Ibrahim di KLIA dianggap melucukan dan ada juga berpendapat ia memalukan negara.
Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki penerbangan MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun. Sementara Polis Antarabangsa (Interpol) mendedahkan identiti lelaki kedua yang menggunakan passport curi Delavar Seyed Mohammad Reza, warganegara Iran yang berusia 30 tahun.
Operasi SAR penerbangan MH370 telah diperluaskan ke Lautan Hindi. Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai jemaah Masjid Sultan Abdul Samad KLIA di sini menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat khas mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal penerbangan MH370. Turut serta beberapa menteri Kabinet.
Operasi SAR penerbangan MH370 masuk minggu kedua. Pihak berkuasa dan pasukan penyiasat telah juga mendapat data baru berhubung komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit, dan ini membuka fasa baru operasi mencari.
Operasi SAR diteruskan dengan lebih tumpuan diberikan di selatan Lautan Hindi.
Pada 5 April 2014, Sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat Boeing 777-200 penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi. Sebuah syarikat pengeluar 'pinger' memberitahu CNN, frekuensi itu adalah isyarat yang standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata dua isyarat itu memberikan sedikit harapan terhadap operasi SAR penerbangan MH370. Houston berkata, selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China. Sementara dengan memetik seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia, CNN melaporkan pesawat milik MAS itu dipercayai terbang rendah di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam penerbangannya ke selatan Lautan Hindi.
Laporan mengenai nahas MH370 oleh "The Malaysian ICAO Annex 13 safety Investigation team for MH370", Mac 2014
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.