Sun Apr 05 2015


Anggota Bomba dan Penyelamat memasuki kawasan kejadian helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih di sini Sabtu malam. Dalam kejadian itu, Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias antara enam yang terkorban selepas helikopter yang mereka naiki terhempas dan terbakar di Semenyih, petang semalam. - Foto Bernama

Anggota Bomba dan Penyelamat bersiap sedia untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat kawasan kejadian helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih di sini malam semalam. - Foto Bernama

Kelihatan ahli keluarga mangsa nahas helikopter terhempas dibawa ke tempat kejadian di Kampung Pasir Baru Semenyih di sini, malam Sabtu. - Foto Bernama

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bergegas tiba untuk meninjau kawasan nahas helikopter yang terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih pada Sabtu. - Foto Bernama

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim juga turut turung padang dan meninjau kawasan nahas helikopter yang terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih malam semalam. - Foto Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media mengenai kejadian helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih di sini malam ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Kejadian itu mengakibatkan enam terkorban termasuk Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias. - Foto Bernama

Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau kawasan operasi nahas helikopter yang terhempas di Kampung Pasir Baru, Semenyih malam tadi. - Foto Bernama

Isteri Perdana Menteri, Datik Seri Rosmah Mansor dan anaknya Nooryana Najwa kelihatan sugul semasa hadir di kawasan operasi nahas helikopter yang terhempas di Semenyih. Kejadian itu mengakibatkan enam terkorban termasuk Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias. Sebelum kejadian, Jamaluddin dan Azlin menghadiri majlis persandingan anak Perdana Menteri Nooryana dan Daniyar Kessibayev yang diadakan di Pekan, hari ini. - Foto Bernama

Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung keluar mayat mangsa nahas helikopter yang terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih pada Sabtu malam untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat. - Foto Bernama

Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung keluar mayat mangsa nahas helikopter yang terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih malam tadi untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat.Kejadian itu mengakibatkan enam terkorban termasuk Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.45 malam. Turut hadir ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Sidek Hassan, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Datuk Johari Abd Ghani dan Datuk Noraini Ahmad. - Foto Oleh Astro AWANI/Shahir Omar

Orang ramai termasuk media, kenalan dan saudara terdekat mangsa sudah berada di sini sejak jam 9.30 malam tadi. Jenazah mangsa nahas helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) selamat tiba di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 12.30 malam tadi. - Foto oleh Astro AWANI/Shahir Omar

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di Institut Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ketika di sana, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di Semenyih, petang Sabtu. - Foto oleh Astro AWANI/Shahir Omar

Jenazah mangsa nahas helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) selamat tiba di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 12.30 malam tadi. Mangsa nahas helikopter yang terhempas di Semenyih petang tadi itu diiringi dua buah trak polis dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. - Foto oleh Astro AWANI/Shahir Omar

Orang ramai termasuk media, kenalan dan saudara terdekat mangsa sudah berada di sini sejak jam 9.30 malam tadi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada jam 11:45 malam. Turut hadir ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Sidek Hassan, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Datuk Johari Abd Ghani dan Datuk Noraini Ahmad. - Foto oleh Astro AWANI/Shahir Omar
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.