Thu Feb 15 2018
Seorang wanita membuat tinjauan hiasan rumah sempena Tahun Baharu Cina di Jalan Sultan, Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar.
Sekumpulan penari tarian singa membungkus kostum kepala singa di dalam plastik selepas membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Foto Astro AWANI / Shahir Omar.
Seorang lelaki membuat tinjauan hiasan rumah untuk Tahun Baharu Cina di Jalan Sultan Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar.
Terdapat seekor patung anjing sebagai simbolik haiwan zodiak cina di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Setiap tahun akan dinamakan mengikut giliran 12 jenis zodiak cina dan 2018 merupakan tahun anjing. Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Seorang bapa sambil mendukung anaknya memohon keberkatan sempena perayaan Tahun Baharu Cina di tokong Thean Hou, Seputeh, Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Kanak-kanak bergambar bersama lampu LED berbentuk anjing di tokong Dong Zen, Jenjarom. Setiap tahun akan dinamakan mengikut giliran 12 jenis zodiak haiwan dan 2018 merupakan tahun anjing. Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Kelihatan seorang wanita terpegun melihat lampu LED berbentuk anjing di tokong Dong Zen, Jenjarom. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar.
Seorang kanak-kanak sedang menikmati lampu yang dihias sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di tokong Dong Zen, Jenjarom. Foto Astro AWANI / Shahir Omar.
Seorang lelaki sedang menggantung tanglung sebagai hiasan bersempena perayaan Tahun Baharu Cina di tokong Thean Hou, Seputeh, Kuala Lumpur. Setiap tahun akan dinamakan mengikut giliran 12 jenis zodiak masyarakat Cina dan 2018 merupakan tahun anjing. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar.
Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.