Wed Aug 30 2017
Sarjan (B) Taib Tawal telah dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) di atas keberaniannya yang dipamerkan semasa pertempuran di Gunung Pueh, Lundu, Sarawak pada 7 April, 1973. Dalam pertempuran itu, seramai tiga anggota kanan Pasukan Gerila Rakyat Kalimantan (PARAKU) berjaya dibunuh oleh platunnya yang diketuai oleh Kapt (B) Hamid bin Awang. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Anak kepada British Army, Taib Tawal mendapat tentangan pada mulanya dari bapanya untuk menjadi seorang askar. Demi cintakan tanahairnya, Taib Tawal dan rakan-rakannya membawa diri ke Negeri Sembilan untuk mengikuti pengambilan Askar dan di dimasukan ke Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu DiRaja pada tahun 1970. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Apabila ditanya apa yang perlu generasi muda lakukan untuk masa sekarang, Pegawai Waran 1 Tachmi Ismail berkata: -Kita harus pertahankan kemerdekaan ini, jangan mudah percaya dengan anasir jahat dan tidak elok. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pegawai Waran I Tachmi Ismail bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan untuk mempertahankan tanah airnya walaupun terus-menerus dikecam oleh Komunis pada lewat 1980an. Tachmi yang ditugaskan dalam pasukan khas telah menerima arahan untuk meneruskan pencarian jejak Komunis setelah memiliki sebuah kompas dari pihak komunis yang mati di tembak terlebih dahulu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ditugaskan ke Sungai Ruan di Raub, Pahang Tachmi Ismail sudah tahu apa yang bakal beliau hadpai pada waktu itu. Disitu banyak kematian dan pertumpahan darah pernah berlaku. Sekitar tahun 1940 1987, daerah Raub dan sekitarnya merupakan kubu kuat anggota Parti Komunis Malaya (PKM). Ini termasuk kawasan yang ketika ini dikenali sebagai Lembah Klau yang ketika itu merupakan hutan belantara. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
"Semua pak cik sudah lalui dari menyanbut kemerdekaan pertama kalinya demi mempertahankan tanah air," kata Pegawai Waran I, Udin Mahmud sambil menghirup air Nescafe panasnya sewaktu pertemuan dengan jurugambar Astro AWANI, Shahir Omar baru-baru ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
"Kamu cuba bayangkan kami berperang tiga kali sehari, pagi, tengahari dan malam dengan tentera Indonesia dengan menggunakan senapang SLR pada waktu itu," kata Pegawai Waran I, Udin Mahmud. Beliau turut mengingati ketika beliau menembak mati seorang komando Tentenra Nasional Indonesia (TNI) di Labis, Johor yang ketika TNI cuba untuk menawan Gunung Ledang yang terletak di negeri itu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Masih segar dalam benak fikiran Pegawai Waran 1 (Bersara) Udin Mahmud, 83, atau dikenali sebagai Pak Udin ketika menceritakan bagaimana beliau menjadi saksi di dalam sejarah Tanah Melayu ini dimana Bendera Union Jack turun dan digantikan dengan Bendera Tanah Melayu atau Malaysia. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Serangan tersebut telah mengakibatkan seorang Kapten tentera Malaysia terkorban dua yang lain cedera parah. Koperal Osman yang sekumpulan dengan Leftenan Muda Donald lari memanjat bukit berhampiran untuk mencari perlindungan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Setelah pencarian lebih sehari akhirnya mereka telah menjumpai tapak tentera komunis yang bersembunyi di balik pokok Bertam. -Kami perlahan-lahan menghampiri tapak tentera Komunis itu dan secara tiba tiba mereka di serang dengan bertubi-tubi tembakan dari pihak komunis," kata Osman Shariff. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pada lewat 1970an Koperal Osman Shariff yang melibatkan diri dalam tentera telah ditugaskan utuk menyertai Operasi Khas di Sungai Siput Perak. Beliau dan seramai 29 orang lagi yang dikenali sebagia Tiger Platun mula memasuki hutan untuk mencari tapak tentera komunis ketika itu dengan bantuan seorang bekas tentera komunis. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ini petikan kata-kata Mahmor Said ketika ditemui oleh jurulensa Astro AWANI, Shahir Omar baru-baru ini: "Budak budak zaman sekarang susah nak kata , tiada pegangan agama yang kuat ,Jika kau ada pegangan agama yang kuat mesti kau susah di pergunakan dan mempunyai fikiran yang lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan." - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Bila ditanya nasihat untuk generasi muda sekarang beliau mengeluh ... 'Budak budak zaman sekarang susah nak kata , tiada pegangan agama yang kuat ,Jika kau ada pegangan agama yang kuat mesti kau susah di pergunakan dan mempunyai fikiran yang lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan.' - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Tentera Komando yang pertama membunuh tentera Komunis Makmor Said menceritakan bagaimana dia membunuh 4 orang komunis ketika dia mengikuti Operasi Gunung Gading.Pada waktu pagi didalam hutan di Lundu Sarawak 1967, biasa bagi seorang tentera askar jika didalam hutan membuat kawalan rondaan pada tiap tiap jam lebih lebih lagi pada ketika itu ancaman Komunis agak kuat di Lundu, Sarawak. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Dirgahayu Negaraku! - Ielias Ibrahim. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Dari serangan hendap oleh pihak komunis telah mengorbankan dua rakan beliau di tempat kejadian dan seorang cedera parah.Ieliyas yang pada masa itu telah berjaya membunuh 3 orang Komunis dengan mengunakan enam butir peluru dari 150 butir. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pada 1976 Negara kita memerlukan bantuan dari rakyat untuk membantu tentera tentera Malaysia menetang dari ancama Komunis.Ielias Ibrahim pada ketika itu berumur 20 tahun mengikuti dan lulus dalan pengambilan tersebut yang diadakan di tempat beliau di Taiping Perak sebagai Askar Wataniah Malaysia. Inilah cerita beliau. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
ARUMUGAM MANICKAM
Beliau tidak pernah meninggi diri walaupun pernah bergelar seorang hero. Semangat nasionalisme tidak pernah luntur dalam diri Arumugam Manickam yang pernah berkhidmat di luar negara suatu ketika dahulu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Arumugam Manickam begitu segak ketika berkhidmat di Somalia, Mogadishu suatu ketika dahulu. Inilah wajah perwira Malaysia. Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-60, tanahairku! - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.