Sun Jun 21 2015


Rosli Hamid, wajah seorang lelaki yang lumpuh selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kajang ke rumahnya di Kuala Pilah. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Hidup sejak lumpuh perlu mendapat bantuan daripada anak-anaknya bagi dia meneruskan kehidupan seperti biasa. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Berbekal pendapatan yang ala kadar, perjalanan hidupnya untuk menyara anak-anaknya perlu diteruskan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Rosli hanya terbaring di atas katilnya setelah kepenatan seharian mencari rezeki. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Ibunya yang berusia 77 tahun tidak pernah mengenal erti perit dalam membantunya meneruskan kehidupan seperti biasa. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Walaupun kehidupannya nampak perit dengan payah yang tidak pernah berkesudahan, tawanya menyeri kehidupan bagi membahagiakan anak-anaknya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Kasih seorang anak kepada bapanya tidak pernah pudar. Kesusahan yang ditanggung ayah turut dibantu anak bagi mengurangkan beban ayah. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Persekolahan anak-anaknya sentiasa diutamakan kerana baginya bekalan ilmu sahajalah yang akan mengubah kehidupan mereka satu hari kelak. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Rosli Hamid tidak pernah mengeluh dan akan terus menemani anak-anak perempuannya pergi ke sekolah. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Inilah anak perempuan yang sedang tekun mengulangkaji pelajaran bagi mencapai cita-citanya agar kehidupan mereka berubah di masa depan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Walaupun tidak mampu bergerak sendiri, di atas kerusi roda Rosli akan meluangkan masanya untuk sama-sama bersantai dengan anak-anaknya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Anak, ingatlah pesan ayah. Janganlah diabaikan pelajaranmu. Walaupun kita susah hari ini, ilmu itu yang akan mengubah kehidupan kita nanti. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Anak-anakku, kepayahan hidup ini hanyalah sementara jika ilmu yang kau perolehi kau gunakan untuk mengubah kehidupan kita. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Di sebalik pagar ini, di rumah kecil ini, ayah berjanji akan terus memegang amanah yang telah diberikan untuk menjaga kebajikanmu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Perjalanan hidup ini masih panjang. Semoga kesedihan di wajah anak-anak Rosli Hamid akan menjadi senyum yang panjang satu hari kelak. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.