Sat Jun 30 2018


Dalam nafas 100 Hari Malaysia Baharu, Astro AWANI menampilkan tiga calon Presiden UMNO dalam program #DebatAWANI pada 29 Jun 2018.

Calon Presiden UMNO Tan Sri Tengku Razaleih Hamzah dan Khairy Jamaluddin bersiap sedia mengambil tempat sebelum #DebatAWANI berlangsung. - Astro AWANI/Shahir Omar

Calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Tengku Razaleih Hamzah berbual mesra bersama Ashwad Ismail sebelum #DebatAWANI berlangsung pada 29 Jun 2018. - Astro AWANI/Shahir Omar

Ketiga-tiga calon Presiden UMNO tekun mendengar soalan yang dilontarkan Timbalan Ketua Pengarang dan Penyampai Pakar Hal Ehwal Semasa Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron semasa #DebatAWANI berlangsung. - Astro AWANI/Shahir Omar

Calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin berkata semasa #DebatAWANI beliau akan memastikan kesahihan berita berlakunya usaha untuk mempengaruhi undian dalam pemilihan UMNO kali ini. - Astro AWANI/Shahir Omar

Aksi di belakang tabir semasa #DebatAWANI yang memaparkan tiga calon Presiden UMNO berlangsung pada 29 Jun 2018. - Astro AWANI/Shahir Omar

Calon Presiden UMNO Tan Sri Tengku Razaleih Hamzah menjawab soalan semasa #DebatAWANI berlangsung pada 29 Jun 2018. - Astro AWANI/Shahir Omar

Calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin menjawab soalan semasa #DebatAWANI berlangsung pada 29 Jun 2018. - Astro AWANI/Shahir Omar

Calon Presiden UMNO Tan Sri Tengku Razaleih Hamzah dan Khairy Jamaluddin berbual bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Kumpulan Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman selepas debat tersebut berlangsung. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.