Sat Jul 17 2021
Sejak pagi hingga jam 5 petang, Astro AWANI difahamkan sejumlah 14 jenazah pesakit COVID-19 selesai dikebumikan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam di Selangor. Al-Fatihah. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Lagi deretan van jenazah pesakit COVID-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di Selangor untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di Shah Alam, Selangor. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al-Fatihah. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Petugas kesihatan mengangkat jenazah salah seorang daripada 14 jenazah pesakit COVID-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di Shah Alam, Selangor. Besarnya pengorbanan 'frontliners' yang bertungkus-lumus bekerja tanpa mengira masa. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Mesin pengorek digunakan bagi menggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam di Selangor. Petugas kesihatan dan jawatankuasa tanah perkuburan mengamalkan SOP yang ketat ketika menyempurnakan jenazah. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Deretan van jenazah yang membawa jenazah pesakit COVID-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di Selangor tiba di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam untuk menyempurnakan jenazah mangsa COVID-19. Astro AWANI difahamkan kerja pengebumian selesai sekitar jam 9.30 malam tadi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) dan tidak lupa untuk mengamalkan SOP yang ketat sewaktu menyempurnakan jenazah mangsa COVID-19. Terima kasih, 'frontliners'. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Keadaan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di Shah Alam, Selangor seperti tidak pada hari biasa. Pada hari Jumaat itu, kawasan perkuburan itu sibuk, van jenazah dilihat keluar masuk membawa lebih 14 jenazah dikebumi di situ. Al-Fatihah. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Pemandangan senja di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di Shah Alam, Selangor pada hari Jumaat itu cukup berbeza. Semasa sang suria mula terbenam, seorang waris kelihatan sedang meratap pilu pemergian keluarga tercinta. Bersabarlah, wahai sahabat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan waris-waris mangsa COVID-19 yang dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam, Selangor. Hanya deraian airmata dan sepotong doa mengiringi keluarga yang sudah pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pemandangan di waktu malam. Deretan van jenazah yang membawa 12 jenazah mangsa COVID-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor dibawa ke Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam untuk dikebumi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar - Astro AWANI/Shahir Omar
Trafik penumpang udara naik kepada 8 juta pada November 2024 - MAVCOM
Sektor penerbangan Malaysia telah mengalami pemulihan dan pertumbuhan mampan dengan trafik penumpang udara mencecah 8.0 juta penumpang pada November 2024.
ASEAN perlu ambil sikap neutral proaktif tangani kuasa-kuasa besar - Penganalisis
ASEAN perlu mengambil sikap berkecuali proaktif dalam menangani pertembungan kuasa-kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan China.
10 Berita Pilihan - (02 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Larangan merokok termasuk di pejabat swasta tindakan tepat, strategik
Larangan merokok di beberapa kawasan dan premis termasuk di tempat kerja swasta yang berkuat kuasa semalam, merupakan tindakan tepat dan strategik.
Malaysia ucap takziah kepada keluarga mendiang Presiden Jimmy Carter
Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), James E. Carter Jr. pada 29 Dis 2024.
Polis tumpas kegiatan pengedaran, pemprosesan dadah dalam hutan
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir di sini susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang semalam.
Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun.
AWANI Tonight 2 Jan 2025
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. KLCC LRT fire contained, no injuries
2. JPJ offers RM150 flat-rate on traffic summons
#AWANIEnglish #AWANINews
1. KLCC LRT fire contained, no injuries
2. JPJ offers RM150 flat-rate on traffic summons
#AWANIEnglish #AWANINews
Seoul berjaya peroleh fail audio dari perakam data pesawat Jeju Air
Penyiasat berjaya memperoleh fail audio daripada perakam suara kokpit (CVR) pesawat Jeju Air yang terbabit dalam nahas mengorbankan 179 nyawa minggu ini, menurut pegawai kerajaan pada Khamis.
JPJ offers RM150 flat-rate on three offences
Malaysia's Road Transport Department (JPJ) is offering a RM150 flat rate to help motorists settle three types of outstanding traffic summonses from tomorrow until June 30th.