Thu Jan 31 2019
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berkenan melambai tangan kepada rakyat jelata ketika menaiki pesawat khas pada Istiadat Memuliakan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Pekarangan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Kuantan hari ini. - fotoBERNAMA
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melintasi kawalan Kehormat Setempat oleh Angkatan Tentera Malaysia Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara, hari ini. - fotoBERNAMA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mutafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj melambai kepada rakyat yang hadir memberi penghormatan dan mengucap selamat berangkat ke Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI di Istana Negara, di Pekarangan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.- fotoBERNAMA
Al-Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhammad V, yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Jan selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016. -fotoBERNAMA
Sultan Abdullah diiringi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu, Tengku Mahkota Kelantan dan Pemangku Raja Pahang serta kesemua Yang Dipertua Negeri ke Balairung Seri.- fotoBERNAMA
Sultan Abdullah turut menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.-fotoBERNAMA
Istiadat di Balairung Seri itu diadakan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - fotoBERNAMA
Malaysia adalah sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan raja Melayu. - fotoBERNAMA
Baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Jan lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini. - fotoBERNAMA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah berkenan melafazkan sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Balairung Seri, Istana Negara hari ini. - fotoBERNAMA
Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.
[TERKINI] Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa membunuh
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah majistret Mersing atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but kereta bulan lalu.
tenaga kerja, buruh, teknologi, masa depan pekerjaan, Buletin AWANI
Profesor Sumber Manusia & Hubungan Industri, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman mengupas berkenaan masa depan tenaga kerja negara termasuk melihat kepada cabaran, peluang dan ruang penambahbaikan.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.
Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.
Malaysia akan fokuskan kepimpinan ekonomi berasaskan nilai - PM
Langkah itu mencerminkan komitmen Malaysia sebagai peneraju kepimpinan ekonomi berasaskan nilai.