Sat Jun 01 2013


Bohari Ibrahim memegang watak Paman Bahari dalam Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (HHTSS). Telefilem menarik ini akan bersiaran di Astro Box Office saluran 952 pada 1 Jun ini.

Zulhuzaimi dan Mardiana Alwi turut menyerikan HHTSS. Telefilem yang diadaptasi dari judul novel yang sama diarahkan oleh pengarah berbakat Sabri Yunus.

Mardiana Alwi (kiri) membawakan watak Senah dalam HHTSS merupakan anak kepada Pak Hasan dalam telefilem berkenaan.

Wan Hanafi Su pelakon yang tidak perlu diperkenalkan lagi sememangnya berbakat besar untuk membawakan watak Pak Hasan.

Ini merupakan salah satu adegan yang menggamit perhatian penonton dalam HHTSS.

Isteri Pak Hasan, Selamah mengenangkan nasib dua orang anaknya Senah dan Mat Junuh. HHTSS bakal menemui penonton bermula 1 Jun ini di saluran Astro 952.

Kredibiliti Wan Hanafi Su tidak perlu dipertikaikan lagi. Naskhah HHTSS pernah memenangi Sayembara Menulis Novel Gapena-Yayasan Sabah pada tahun 1979.

Antara babak Pak Hasan (tengah) bersama anak-anaknya dalam HHTSS. Naskhah berkenaan pernah diterbitkan dalam bentuk teater dan diarahkan oleh Datuk Johan Jaafar.

Pengarah Sabri Yunus sedang memberikan taklimat kepada dua pelakonnya Bohari Ibrahim dan Nam Ron.

Bohari Ibrahim (kanan) sedang melontarkan dialog kepada Nam Ron. Telefilem HHTSS diterbitkan oleh Balang Rimbun Sdn Bhd.

Pak Hasan semakin bercelaru apabila kematian isterinya, Selamah. HHTSS turut dibarisi pelakon hebat seperti Zulhuzaimi dan Nam Ron.

Antara babak lakonan hebat Wan Hanafi Su sebagai Pak Hasan dalam HHTSS. Karya asal HHTSS ditulis oleh Sasterawan Negara Datuk Anwar Ridhwan.

Sabri selaku pengarah HHTSS memerhatikan kakitangan penerbitan dalan membuat persiapan penggambaran telefilem berkenaan.

Pengarah HHTSS Sabri Yunus sedang bekerjasama bersama pengarah fotografi telefilem berkenaan. Turut kelihatan Nam Ron di set penggambaran.

Wajah tua Pak Hasan menceritakan bagaimana kepiluan dirinya setelah kematian isteri dan dipinggir penduduk kampung.

Pak Hasan semakin dipinggirkan setelah Paman Bahari mula memperkenalkan radio kepada penduduk kampung.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.