Sat Oct 05 2013


Filem fiksyen sains, Gravity yang dipersembahkan dalam versi 3D membuka tayangannya di serata dunia minggu ini termasuk di Malaysia.

Filem ini menampilkan lakonan utama Sandra Bullock dan George Clooney yang hadir pada tayangan perdana 'Gravity'.

Ia diarahkan oleh Alfonso Cuarn yang sebelum ini mengarahkan Y Tu Mam Tambin, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban dan Children of Men. Beliau ikut terlibat sebagai penerbit, penulis dan penyunting.

Filem ini mengisahkan dua angkasawan yang terperangkap di angkasa lepas setelah satu kemalangan menimpa kapal angkasa mereka.

Mereka kemudian berjuang melawan nasib untuk terus hidup dengan bekalan oksigen yang semakin menipis.

Gravity merupakan filem pembuka Festival Filem Antarabangsa Venice ke-70 pada Ogos 2013. Ia mendapat sambutan positif daripada pengkritik dan semua ulasan memberikan penilaian yang sangat tinggi.

Gravity dipuji kerana mengangkat genre fiksyen sains dan seni pembikinan filem ke satu tahap yang lebih tinggi. Banyak pengkritik mengaitkannya dengan filem klasik, 2001: Space Odyssey arahan Stanley Kubrick.

Buzz Aldrin, manusia kedua yang menjejakkan kaki di bulan dan antara angkasawan awal terapung di angkasa lepas, menyifatkan kesan visual filem Gravity sebagai "terpuji".
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.