Wed Oct 28 2015


Seorang pelawat mengambil peluang bergambar untuk peserta-peserta acara perarakan malam Halloween di Tokyo, Jepun baru-baru ini. Acara itu telah menarik perhatian lebih 10,000 pelawat dari dalam dan luar negara. - Foto Reuters/Yuya Shino

Peserta-peserta kelihatan begitu girang ketika mengambil bahagian dalam acara perarakan sambutan malam Halloween di Tokyo, Jepun baru-baru ini. - Foto Reuters/Yuya Shino

Salah seroang peserta lengkap dengan kostum adiwira Jepun memberi aksi cukup menarik ketika mengambil bahagian dalam acara perarakan malam Halloween di Tokyo, Jepun baru-baru ini. Foto Reuters/Yuya Shino

Salah seorang peserta di acara perarakan sambutan malam Halloween di Tokyo, Jepun lengkap berpakaian mengerikan dengan bermekap mata tebal, bergigi taring palsu dan berambut palsu ungu. - Gambar Reuters/Yuya Shino

Salah seorang peserta di perarakan sambutan malam Halloween sedang duduk seolah-olah melepaskan lelah di Tokyo, Jepun. - Foto Reuters/Yuya Shino

Dalam kemeriahan sambutan malam Halloween baru-baru ini, peserta-peserta mengambil sedikit masa untuk berehat dan makan di salah sebuah restoran makanan segera di Tokyo, Jepun. - Foto Reuters/Yuya Shino

Sungguh comel kanak-kanak lelaki yang berpakaian seperti badut ini. Mereka adalah antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara perarakan sambutan malam Halloween yang berlangsung di Tokyo, Jepun baru-baru ini. - Foto Reuters/Yuya Shino

Seorang kanak-kanak lelaki kelihatan tidak begitu teruja melihat 'transformasi' bapanya di sambutan malam Halloween di Tokyo, Jepun baru-baru ini. Bapa kanak-kanak itu yang merupakan salah seorang peserta malam sambutan Halloween di negeri itu memilih kostum Darth Vader, salah satu watak antagonis dalam filem sains fiksyen (sci-fi) 'Star Wars'. - Foto Reuters/Yuya Shino

Seorang kanak-kanak lelaki berpakaian seperti Jedi, salah satu watak popular dalam filem sains (sci-fi) 'Star Wars' dalam acara perarakan sambutan Malam Halloween di Tokyo, Jepun. - Foto REUTERS/Yuya Shino

Lapan untuk mencuba! Inilah wajah salah seorang peserta wanita yang mengambil bahagian dalam sambutan malam Halloween di Tokyo, Jepun. Berpakaian a'al ahli silap mata, wanita ini mungkin tidak berapa menonjol dibandingkan dengan peserta-peserta lain. - Foto Reuters/Yuya Shino

Begitu meriah sambutan malam Halloween di Tokyo, Jepun baru-baru ini. Apatah lagi,peserta yang mengambil bahagian datang menggunakan kreativiti masing-masing. Cukup dengan rambut palsu ungu, topeng muka dan tanduk palsu, penampilan wanita ini cukup menggerunkan. - Foto Reuters/Yuya Shino

Comel! Mungkin itu antara komen penonton di acara sambutan malam Halloween yang berlangsung di Tokyo, Jepun baru-baru ini. - Foto Reuters/Yuya Shino

Salah seorang peserta mengenakan kostum anak patung beramata satu di perarakan sambutan malam Halloween yang berlangsung di Kawasaki di selatan Tokyo. Lebih 10,000 penonton hadir manakala 2,500 peserta mengambil bahagian dalam acara itu, menurut penganjur. - Foto Reuters/Yuya Shino

Salah seorang peserta sambutan malam Hari Halloween yang diadakan di Tokyo. Di sini, salah seorang peserta dengan gaya yang menggerunkan. Dengan wajah dicat putih dan dipenuhi paku tiruan, lelaki ini kelihatan seperti jelmaan watak Frankenstein! - Foto Reuters/Yuya Shino

Sambutan malam Halloween sememangnya meriah di seluruh dunia dengan pelbagai aksi dan kostum oleh peserta yang mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung pada 31 Oktober ini. Kelihatan dua remaja wanita mengenakan kimono a'la geisha. - Foto Reuters/Yuya Shino

Cukup menarik apabila peserta bergaya sporting dengan kostum masing-masing untuk memeriahkan sambutan malam Halloween di Tokyo, Jepun. Sambutan Halloween diraikan di seluruh dunia pada 31 Oktober ini. - Foto Reuters/Yuya Shino

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.