Tue Dec 12 2017


Tak jemu mata memandang. Begitulah perasaan penulis ketika singgah di Taj Mahal, salah satu 7 Wonders of the World. Isteri Israr Khalid, Aqlily Nasir bergambar di hadapan mercu tanda Agra dan India seluruhnya, Taj Mahal. Binaan marmar putih ini dibina pada 1632 dan siap pada 1653 sebagai tempat persemadian Mumtaz Mahal, manifestasi cinta teragung Maharaja ke-5 Empayar Mughal, Shah Jahan kepada isterinya yang meninggal dunia selepas melahirkan anak mereka yang ke-14 mereka. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Warga senior bersantai membaca surat khabar pada suatu pagi di jalanan Taj Ganj, Agra. Pekan kecil yang berada di sisi Taj Mahal ini menjadi salah satu lokasi pilihan pelancong untuk menginap sebelum mereka berkunjung ke 'istana cinta', binaan marmar putih tersohor itu. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Peniaga sayur di pasar menyukat harga barangan yang mahu dibeli pelanggannya di jalanan Taj Ganj, Agra. Secara amnya, makanan India berasaskan agrikultur dan ternakan kambing dan ayam. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Ibu kota yang ditinggalkan, Fatehpur Sikri. Satu ketika pernah menjadi pusat pemerintahan Empayar Mughal di bawah Maharaja Akbar dari 1571 hingga 1585 (14 tahun) sebelum berpindah ke Lahore dan kemudian kembali ke Agra kerana krisis sumber air. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Satu daripada lorong-lorong di Pink City, Jaipur. Seluruh kota yang diasaskan oleh Raja Amer, Jai Singh II pada 1727 ini diwarnakan warna merah jambu bagi menyambut kunjungan Queen Victoria ke India pada 1876. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Lelaki berpakaian tradisional menggalas beg di Hawa Mahal, Jaipur. Hawa Mahal, dalam bahasa Hindi yang bererti Istana Angin yang dibina pada 1799 ini antara binaan unik yang menjadi identiti Pink City di Jaipur, ibu negeri Rajasthan. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Wartawan Astro AWANI, Hilal Azmi merakam detik indah bersama isterinya, Sharifah Sabtariah Syed Ahmad berlatarbelakangkan Amber Fort. Kubu ini diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2013. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Gajah dan penunggangnya meninggalkan dataran Jaleb Chowk menerusi pintu Suraj Pol di Amber Fort. Pengunjung boleh memasuki kubu ini dengan menaiki gajah, kenderaan pacuan empat roda atau berjalan kaki. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Seorang wanita yang bekerja sebagai tukang sapu di Amber Fort, Amer dekat Jaipur. Kubu ini menjadi pusat pentadbiran dan kediaman Maharaja-Maharaja berketurunan Rajput sejak dibina pada 1592 oleh Raja Man Singh. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Penumpang berpusu-pusu naik dan turun gerabak kereta api Jaipur-Udaipur Express di stesen keretapi Jaipur Junction, Jaipur. Stesen ini merupakani ibu pejabat zon Laluan Rel Barat Laut, Indian Railways rangkaian laluan rel keempat terbesar di dunia. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Gadis-gadis pemain muzik berkelubung, duduk di satu sudut di perkarangan Istana Bandar, Udaipur. Istana ini didiami pemerintah dan kerabat kerajaan Mewar selepas ibu negara kerajaan itu dipindahkan ke Udaipur dari Chittor. - Astro AWANI / Israr Khalid

Salah satu sudut di dalam Istana Bandar, Udaipur. Istana ini dibina dalam tempoh masa 400 tahun daripada beberapa pemerintah dinasti Mewar, bermula dengan Maharana Udai Singh II pada 1553. Bandar Udaipur turut ditubuhkan pada tahun yang sama. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Seorang sami sedang membersihkan diri sambil bersembahyang di Tasik Pichola, Udaipur pada suatu pagi berlatarbelakangkan Istana Bandar, Udaipur. Tasik air tawar buatan manusia ini dibina pada 1362 oleh seorang pedagang gipsi bernama Bandara ketika pemerintahan Maharana ketiga kerajaan Mewar, Lakha Singh. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Susunan tempat duduk untuk kelas 2S 'Seating Car', Jaipur-Udaipur Express. Kereta api medium pengangkutan paling penting atau 'nadi' yang menghubungkan seluruh India. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Dua wajah warga Jaisalmer, seorang mengenakan busana tradisional lengkap dengan serban berwarna-warni. Menurut warga tempatan yang kami temui, pemakaian serban sudah menjadi identiti penduduk di bandar tersebut. Seorang lagi kelihatan berpakaian moden lengkap dengan kemeja dan seluar . - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Kanak-kanak bermain kriket di jalanan di Kota Jaisalmer. Mercu tanda purba berusia 800 tahun di Jaisalmer, salah satu bandar utama di negeri Rajasthan ini masih didiami, mempunyai lebih kurang 5,000 penduduk. - Foto Astro AWANI/ Israr Khalid

Penunggang unta sedang merentasi gumuk pasir sekitar gurun di Jaisalmer. Jaisalmer merupakan kota di sebelah barat Rajasthan yang dibina di atas padang pasir. Kawasan pelancongan itu turut mendapat jolokan nama 'Kota Kuning' atau 'The Yellow City'. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Wartawan Astro AWANI, Hilal Azmi sedang asyik bersembang bersama dua kenalan sambil menyaksikan matahari terbenam dari atas gumuk pasir sekitar gurun di Jaisalmer. Pengalaman bermalam di gurun atau 'desert safari' merupakan tarikan utama pelancong ke bandar itu. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Keadaan di dalam gerabak kereta api kelas 'sleeper' tanpa penyaman udara, Jaisalmer-Delhi Express pada waktu malam. Perjalanan antara dua bandar tersebut dengan kereta api mengambil masa 21 jam. Namun, pengalaman itu cukup berbaloi! - Astro AWANI/Israr Khalid

Makam Humayun dibina pada 1565 di Delhi atas arahan Maharani Bega Begum sebagai tempat persemadian suaminya, Maharaja Mughal ke-2, Humayun. Ia kemudian menjadi inspirasi kepada Maharaja Mughal ke-5, Shah Jahan untuk membina Taj Mahal pada 1632. - Astro AWANI / Israr Khalid

Umat Islam sekitar Delhi selesai menunaikan solat Asar di Masjid Jama yang dibina Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan pada 1644. dan merupakan masjid terbesar di India. -Foto Astro AWANI/Israr Khalid

Orang ramai menikmati makanan penjaja daripada deretan kedai yang menghidupkan Chandni Chowk, antara jalan paling terkenal di Old Delhi dan menjadi tumpuan penduduk tempatan apatah lagi pelancong luar untuk membeli belah. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.