TIDAK kiralah dalam apa juga organisasi mahupun pentadbiran sesebuah kerajaan, peranan seorang ketua tidak boleh dinafikan.
Kerjasama ahli dengan ketua harus sentiasa dalam keadaan 'tip top' demi jaminan produk atau 'output' terbaik kepada golongan sasar.
Politik Perak pasca Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) penuh pancaroba dan mencatat sejarahnya yang tersendiri.
Satu demi satu isu negeri ini dibincang hangat penganalisis politik dengan pelbagai kesimpulan yang lengkap dengan hujah masing-masing.
Itu tidak termasuk perbincangan tidak rasmi yang disusuli gelak berdekah-dekah - bagaimana tidak, daripada isu serius sidang dewan bawah pokok sehingga penyertaan calon bebas bekas orang nombor dua wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang ditokok-tambah dengan spekulasi khabar angin yang sesetengahnya tidak masuk akal - itu namanya sembang kosong kedai kopi.
Memetik kata Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang sejarah yang membuktikan tokoh seperti pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar sendiri pun tidak dapat sokongan rakyat apabila meninggalkan parti - ada kebenarannya.
Onn meninggalkan Umno pada Ogos 1951 untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan kemudian Parti Negara namun kedua-dua parti tajaannya itu tidak mendapat sokongan rakyat.
Rasanya itu sudah menjadi noktah kepada sesiapa sahaja bekas pemimpin Umno yang bertindak bertanding sebagai calon bebas pada PRU-13 ini - tidak perlu dipanjangkan lagi.
Di Perak ini ada istimewanya, walau Datuk Seri Zambry merupakan Menteri Besar namun dalam gelaran 'Cip' (Chief) yang diberi kepada Datuk Seri Nazri Aziz agak mengejutkan.
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersenyum semasa Zambry menggelar Nazri sebagai 'cip'.
''Memang Nazri ini cip di Perak. Dia banyak merancang perkembangan politik negeri dan membela keluhan rakyat.
''Dia macam 'Abang Long' kepada anak-anak muda di negeri ini,'' ujarnya.
Baguslah kalau begitu. Seorang 'cip' merangkap 'Abang Long' Perak mesti ada perancangan terbaik untuk negerinya.
Sedikit selingan, jika gelaran 'cip' yang diberi Zambry kepada Nazri boleh saya samakan dengan hubungan Sarjan Ibrahim Pendek dengan Cip P. Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapok - ia memang gandingan yang mantap.
Dalam realiti saya mengagumi Sarjan Ibrahim kerana dia merupakan pelakon pertama negara yang ditawar berlakon dengan Universal Studios dalam filem 'The Spiral Roads' pada tahun 1961.
Saya membelek keputusan PRU sebelum ini. Melihat peningkatan majoriti undi Sarjan Zambry daripada 5,669 pada PRU ke-11 ke 5,785 pada PRU ke-12 undi di kawasannya - Sarjan ini tetap 'mengancam' walau bertanding dalam waktu getir politik negara pada 2008.
Situasi berbeza berlaku kepada Cip Nazri di P61 Padang Rengas.
Majoritinya menurun dari 4,772 pada 2004 ke 1,742 pada 2008. Kali ini dia akan berdepan 'Abang Long' Parti Keadilan Rakyat (PKR), Meor Ahmad Ishharra Ishak.
Saya tidak nafikan Cip Nazri ini agak kebal dengan isu-isu mutakhir yang dilempar PKR - hampir semuanya tidak 'jalan'.
Saya tunggu sehingga 5 Mei. Apakah 'Aye Aye Cip' kekal menjadi laungan atau berubah menjadi 'Apa cerita Cip?'
Wan Syamsul Amly
Mon Apr 29 2013
!['Aye Aye Cip' di Perak 'Aye Aye Cip' di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41367198114_295x200.jpg)
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
!['Aye Aye Cip' di Perak 'Aye Aye Cip' di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41367198114_295x200.jpg)
'Aye Aye Cip' di Perak
TIDAK kiralah dalam apa juga organisasi mahupun pentadbiran sesebuah kerajaan, peranan seorang ketua tidak boleh dinafikan.