SEPERTI yang dijanjikan, HDMI Forum mengumumkan spesifikasi HDMI 2.2 untuk produk masa hadapan.


Ringkasan AI
  • HDMI Forum mengumumkan spesifikasi HDMI 2.2 yang menyokong paparan sehingga resolusi 8K 120Hz dan 4K 480Hz.
  • Lebar jalur kabel HDMI 2.2 meningkat dua kali ganda ke 96Gbps untuk menyokong pelbagai kelengkapan termasuk AR/VR/MR dan produk realiti spatial.
  • Latency Indication Protocol (LIP) diperkenalkan untuk menambah baik penyelarasan audio dan visual, dan produk pertama menyokong HDMI 2.2 akan dilancarkan pada H1 2025.


Menerusi spesifikasi baharu ini, ia menyokong paparan sehingga resolusi 8K 120Hz dan juga 4K 480Hz.

Lebar jalur kabel HDMI 2.2 juga meningkat dua kali ganda ke 96Gbps bagi menyokong kelengkapan AR/VR/MR, produk realiti spatial, paparan komersial, papan pengiklanan digital skala besar, peralatan pengimejan perubatan dan penglihatan mesin.

Selain itu, Latency Indication Protocol (LIP) yang menambah baik penyelarasan audio dan visual turut diperkenalkan untuk kelengkapan audio seperti soundbar. Produk pertama menyokong HDMI 2.2 akan dilancarkan pada H1 2025.

Ini ialah kemas kini pertama spesifikasi HDMI dengan ia kali terakhir dilakukan lapan tahun lalu untuk HDMI 2.1 yang hanya baru-baru ini sahaja mula disokong kebanyakan produk komersial di pasaran. -Amanz