PULAU LANGKAWI: Industri pelancongan Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan pada 2023, dan dijangka terus berkembang pada tahun 2024 dengan lebih ramai pelancong asing termasuklah nomad digital.
Ini sejajar dengan matlamat untuk menarik lebih ramai pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion.
Pengerusi Inbound Tourism Alliance, Uzaidi Udanis berkata, di sebalik kadar positif kemasukan pelancong asing, Malaysia memerlukan lebih banyak perbelanjaan antarabangsa dalam usaha negara menghasilkan pengalaman percutian yang berkualiti.
“Kami di industri pelancongan mahukan pelancong berbelanja dan menyokong bukan sahaja jenama-jenama besar tetapi perniagaan kecil tempatan terutama di kawasan luar bandar.
“Melalui perbelanjaan ini, ia akan membantu menyelesaikan permasalahan yang datang bersama peningkatan jumlah pelancong seperti isu pengurusan sisa pepejal,” jelasnya.
Namun, antara perkara yang kekangan adalah apabila pelancong asing dan nomad digital sering berdepan kesukaran dalam membuat pembayaran atau transaksi.
Pengasas Jetpack, Iskandar Md Sah berkata, kehadiran aplikasi MY TouristPay oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bertindak sebagai ‘game-changer’.
Dilancarkan pada 11 Disember 2023 di Langkawi, MY TouristPay merupakan aplikasi pertama dunia yang memberikan kemudahan menghubungkan kad debit atau kredit dari negara asal pelancong ketika melakukan transaksi.
Menerusi aplikasi berkenaan pelancong boleh membuat pembayaran dengan mengimbas kod QR DuitNow 1.9 juta titik sentuh di seluruh negara.
Iskandar berkata, dengan fokus pembangunan usahawan tempatan, aplikasi MY TouristPay menggalakkan pembayaran tanpa tunai selari dengan arus transformasi digital yang semakin pesat.
“Peniaga pisang goreng, mahupun pengusaha aktiviti air di tepi pantai turut mendapat manfaat daripada inovasi teknologi ini.
“Saya turut melihat aplikasi ini sebagai alat anti-gentrifikasi, satu isu global yang sudah wujud sejak sekian lama,” tambahnya.
Kedua-dua Uzaidi dan Iskandar ditemui selepas pelancaran aplikasi tersebut di Jalan Pantai Chenang, di sini, pada Isnin.
Mereka berdua beranggapan aplikasi ini menawarkan pengalaman yang lancar dan memastikan keselamatan, kemudahan yang tidak ditemui di negara lain.
“Ia memudahcara pengalaman pembelian antara peniaga dan pelancong yang disebabkan halangan bahasa, mengurangkan risiko kecurian wang, mahupun ketiadaan fasiliti premis pengurup wang yang cukup,” ujar mereka ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI.
Nabilah Khaleeda
Wed Dec 20 2023
Iskandar Md Sah (kiri) dan Uzaidi Udanis berpendapat, industri pelancongan mahukan pelancong berbelanja dan menyokong bukan sahaja jenama-jenama besar tetapi perniagaan kecil tempatan terutama di kawasan luar bandar.
Ribbon of Hope: Inisiatif sokongan kepada pesakit kanser dan penjaga
Pelancaran program sokongan kanser "Ribbon of Hope" dalam menyokong pesakit kanser dan penjaga pesakit, sepanjang perjalanan melawan kanser menampilkan keunikan yang tersendiri.
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.
KPM siap siaga hadapi Monsun Timur Laut
KPM memandang serius kebajikan dan keselamatan seluruh warga institusi pendidikan dan telah bersiap siaga melakukan persiapan awal mendepani banjir susulan MTL yang dijangka berlaku lebih awal.
#AWANIRingkas 1 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 November 2024
1️⃣ PDRM masih tunggu maklum balas Rusia
2️⃣ Empat polis ditahan kes curi barang kemas
3️⃣ Malaysia masuk Thailand cuti Deepavali
#awaniringkas
1️⃣ PDRM masih tunggu maklum balas Rusia
2️⃣ Empat polis ditahan kes curi barang kemas
3️⃣ Malaysia masuk Thailand cuti Deepavali
#awaniringkas
Inisiatif sokongan kepada pesakit kanser dan penjagaan
Program sokongan kanser "Ribbon Of Hope" dalam menyokong dan penjagaan pesakit sepanjang tempoh melawan kanser menampilkan keunikan tersendiri.
Ikrar udang sejuk beku tapi bawa rokok, arak seludup
JKDM Sarawak mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras yang diikrar sebagai produk udang sejuk beku setelah melakukan pintasan di Jalan Kuching-Samarahan Ekpressway pada 22 Okt.
Dialog Anak Muda: Gaji Minimum RM1700, Cukup Ke?
Kadar baharu gaji minimum RM1,700 akan dilaksanakan pada Februari 2025, adakah sekadar angka atau perubahan besar? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AS Memilih: Penyokong Trump yakin raih kemenangan di Wisconsin
Di sebalik saingan sengit di Wisconsin, penyokong Trump melahirkan keyakinan bahawa ahli perniagaan itu akan mampu menewaskan Harris.
AS Memilih: Jlo umum sokongan kepada Kamala Harris
Di Las Vegas, kempen parti Demokrat turut diserikan dengan kehadiran penyanyi sensasi, Jennifer Lopez yang turut mengumumkan sokongannya terhadap Kamala Harris.
Dari rakyat untuk rakyat, Nasi Bajet Shima isi ratusan perut setiap hari
Dia sebelum ini mengusahakan perniagaan makanan dari rumah, menerima tempahan dari segenap pelosok Kota Damansara. Namun semuanya berubah tatkala negara dilanda wabak COVID-19 sehingga muncullah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Malaysia masih jauh untuk menjadi masyarakat tanpa tunai - PayNet
Negara ini hanya akan mampu merealisasikan konsep masyarakat tanpa tunai dalam tempoh 20 tahun akan datang.