KECERDASAN am buatan (AGI) ialah evolusi seterusnya untuk kecerdasan buatan (AI) dengan ia bakal mempunyai kemampuan yang lebih tinggi berbanding manusia.
Usaha ke arah AGI telahpun dimulakan oleh DeepMind dan OpenAI. Minggu ini OpenAI menyenaraikan lima tahap AI yang perlu dicapai sebelum ia mencapai tahap AGI.
Tahap 1 ialah chatbot seperti ChatGPT. Tahap 2 pula ialah sistem yang boleh menyelesaikan masalah asas pada tahap setanding pemegang PhD.
Tahap 3 ialah ajen AI yang mampu melakukan tugasan bagi pihak pengguna. Tahap 4 ialah AI yang mampu mencipta inovasi baharu yang belum wujud.
Tahap 5 yang merupakan tahap tertinggi ialah AI yang mampu melakukan keseluruhan tugasan sebuah organisasi manusia.
OpenAI berkata mereka ini semakin menghampiri Tahap 2. Bilakah Tahap 5 akan dicapai masih lagi tidak diketahui.
Sam Altman, CEO OpenAI tahun lalu meramalkan AGI mungkin boleh dicapai dalam masa lima tahun lagi.
Definisikan tahap AI yang ditakrifkan oleh OpenAI adalah hampir sama dengan yang dicadangkan oleh DeepMind tahun lalu.
Lima pengelasan tahap AGI yang dicadangkan DeepMind ialah emerging (berkembang), competent (kompeten), expert (pakar), virtuoso (virtuoso) dan superhuman (adimanusia).
DeepMind juga bersetuju ia kini masih lagi di Tahap 1 menerusi penggunaan chatbot. -Amanz
Amanz
Sun Jul 14 2024
Tahap 1 ialah chatbot seperti ChatGPT. Tahap 2 pula ialah sistem yang boleh menyelesaikan masalah asas pada tahap setanding pemegang PhD. -Amanz
TYT rasmi Masjid Al-Haj di Kampung Jerijeh
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Al-Haj di Kampung Jerijih, Tanjung Manis pada Jumaat.
Jalan raya baharu pendekkan perjalanan Sadong Jaya-Kuching
Sadong Jaya bakal dihubungkan dengan Kuching dan Petra Jaya hanya dalam tempoh 20 minit melalui sistem jalan raya yang kini sedang dalam perancangan dan pembinaan.
Warisan terbuka bekerjasama dengan parti suarakan hak rakyat
Parti Warisan masih terbuka untuk bekerjasama dengan parti tempatan yang mempunyai agenda sama dengan parti itu.
Gagal selesai tuntutan hampir RM250,000, syarikat milik Zamsaham berdepan sitaan
Proses penyitaan aset sedang dilaksanakan terhadap syarikat Unclezam Holdings Bhd milik Zamsaham selepas gagal menyelesaikan baki wang tuntutan berjumlah RM249,675.60.
Goodday Charge perkenal gim e-sukan inklusif pertama di Malaysia untuk semua generasi
Goodday Charge memperkenalkan gim e-sukan inklusif pertama di Malaysia, Goodday Charge Arena, yang terletak di Quill City Mall, Kuala Lumpur, terbuka untuk semua peringkat umur.
JKR Sarawak terima banyak laporan vandalisme di LPB Sarawak
Antara pembuangan sampah di perhentian bas dan pusingan P serta kecurian besi pembahagi jalan.
Kastam Sarawak patahkan cubaan seludup arak dan rokok
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Sarawak patahkan cubaan penyeludupan arak dan rokok tidak bercukai masing-masing dari VIetnam dan Filipina, dibawa lori kargo dengan nilai melebihi RM3 juta.
Nota ugutan ditemui di rumah terbakar
Polis mengesahkan berlaku kebakaran di sebuah rumah di Taman Delima di Kluang, pada awal pagi Khamis.
Episod hujan lebat di Sabah, Sarawak dari Nov-Dis 2024
Semasa fasa awal MTL dari November hingga Disember 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
AGI tidak boleh dicapai jika hanya guna LLM - Meta
Dalam temu bual bersama Financial Times, LeCun berkata LLM hanya sekadar mempunyai kepintaran setanding seekor kucing.