Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, Goodday Charge Arena bertujuan bagi mengubah persepsi terhadap e-sukan dengan menyediakan ruang inklusif yang mesra untuk semua generasi dari golongan muda sehingga warga emas.
“Kami berharap untuk menyambut semua pengunjung tanpa mengira umur atau pengalaman bagi meneroka dunia e-sukan yang cukup menarik ini. Saya syorkan anda datang dengan hati dan minda terbuka untuk lihat mengapa dunia e-sukan adalah lebih daripada apa yang disangka,” ujarnya.
Arena yang berkeluasan 2500 persegi di aras enam itu menyediakan peralatan permainan lengkap seperti PC terkini, permainan konsol, simulator perlumbaan dan ruang permainan mudah alih untuk memberi pengalaman bermain yang komprehensif kepada pengunjung.
“Dengan teknologi dan sokongan profesional, kami berharap pengunjung dapat menikmati pengalaman e-sukan sepenuhnya,” katanya.
Jelasnya, Goodday Charge juga mengadakan hari khas untuk warga emas yang dikenali sebagai BOOMERS2GAMERS Day setiap hari Selasa, di mana mereka boleh bermain secara percuma.
Sementara itu, Pengasas Bersama dan pemilik The Gaming Company, Adrian Gaffor menekankan, arena itu bukan sekadar fasiliti permainan, tetapi langkah memperkukuhkan ekosistem e-sukan negara.
“Kami gembira untuk bekerjasama dengan Goodday Charge bagi membawa sesi bengkel dan latihan yang akan membantu melatih belia untuk mengorak langkah pertama dalam e-sukan dan terus membangunkan ekosistem e-sukan Malaysia.
“Arena ini merupakan satu langkah besar ke arah memperkukuhkan e-sukan sebagai sukan yang menggalakkan hubungan sosial, pembelajaran berpanjangan dan persaingan sihat,” katanya.
Arena itu juga bakal mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan November, termasuk Goodday Charge Esports Month Contest yang menawarkan hadiah bernilai RM70,000 seperti PlayStation 5, komputer riba dan PC gaming PREDATOR, serta fon kepala JBL yang boleh didapati di kedai serbaneka terpilih dan kedai TikTok Etika.
Charge Arena Contest turut memberi peluang kepada pengunjung untuk mengambil foto kreatif di dalam arena dan memenangi hadiah menarik seperti PlayStation 5 dan e-dompet TNG.
Untuk peminat perlumbaan simulasi, Charge Racing Sim Challenge yang berlangsung sepanjang tahun juga menawarkan hadiah seperti satu karton Goodday Charge, masa permainan percuma dan penampilan dalam media sosial Goodday Charge bagi mereka yang berjaya mencatat masa terpantas.
Dengan operasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, Goodday Charge Arena menyediakan ruang yang kondusif untuk komuniti e-Sukan bertemu, melatih kemahiran dan bersosial dalam suasana positif.
Goodday Charge juga ingin menggalakkan amalan permainan yang lebih sihat dengan menyediakan susu coklat khas diperkaya Vitamin B kompleks untuk tenaga berterusan, memenuhi keperluan pemakanan pemain e-Sukan yang memerlukan tenaga sama seperti atlet sukan tradisional.
Maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi di Goodday Charge Arena boleh diikuti melalui laman sosial Goodday Milk Malaysia di Facebook, Instagram, dan TikTok.