KUALA LUMPUR: Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin sedia menjadi 'tulang belakang' buat pelumba muda negara, Syarifuddin Azman sekiranya berjaya menempah slot ke Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), tahun depan.
Bekas pelumba Moto2 itu berkata karier sebagai pelumba di peringkat itu bukan mudah, justeru memerlukan sokongan dan dorongan yang kuat untuk mengatasi segala cabaran dan tekanan yang bakal dihadapi.
"Tekanan di Kejuaraan Dunia sangat tinggi, kadangkala pelumba boleh tertekan, jadi kepada siapa dia nak mengadu kalau tiada sokongan?
"Pasukan seperti Petronas Sepang Racing Team (SRT) ada tekanan, pelumba perlu berada di hadapan, perlu baiki diri untuk lebih laju ataupun baiki kedudukan setiap kali selepas perlumbaan.
"Sama ada Syarifuddin bersedia ke belum, beliau sudah menang di perlumbaan FIM CEV, itu bermaksud beliau sekurang-kurangnya sudah separa bersedia, sebab motosikal sama, litar pun hampir sama," katanya pada sidang media secara dalam talian, pada Jumaat.
Sebelum ini, Prinsipal Pasukan SRT Datuk Razlan Razali menyatakan kesediaan untuk memberikan peluang kepada Syarifuddin, yang dikenali sebagai 'Damok' menyertai pasukan Petronas SRT pada musim depan sekiranya beliau terus mempamerkan aksi cemerlang.
Keyakinan itu hadir selepas melihat Damok muncul juara Perlumbaan 1 Moto3 Kejuaraan Remaja Dunia FIM CEV di Litar Catalunya, Sepanyol pada Ahad lepas.
Zulfahmi menegaskan bahawa untuk mencapai sasaran meraih tiket ke MotoGP, Damok perlu terus fokus dan meningkatkan prestasi pada baki saingan FIM CEV musim ini.
Mengulas mengenai Adam Norrodin yang bersaing di FIM CEV Moto2, Zulfahmi berkata walaupun gembira dengan prestasi dan keyakinan ditunjukkan Adam, namun agak kecewa dengan kemalangan pada Perlumbaan 1, hujung minggu lalu yang menjejaskan mata kejuaraan pelumba berkenaan.
Sementara itu, Zulfahmi berkata beliau gembira dengan prestasi Muhammad Hakim Danish Ramli di perlumbaan sulungnya dalam kejuaraan European Talent Cup (ETC) baru-baru ini, apabila meraih tempat ke-19 daripada 64 pelumba.
Dalam pada itu, bagi saingan musim depan, Zulfahmi berkata beliau berhasrat membawa Sharul Ezwan Mohd Sharil daripada saingan ETC ke saingan CEV Moto3 dan mengekalkan Hakim Danish di saingan ETC, namun bergantung kepada bajet yang disediakan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi program pembangunan bakat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 18 2021

Zulfahmi Khairuddin sedia menjadi 'tulang belakang' buat Syarifuddin Azman sekiranya berjaya menempah slot ke MotoGP, tahun depan. - Gambar fail/BERNAMA
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Zulfahmi sedia jadi 'tulang belakang' Damok ke saingan MotoGP
Zulfahmi Khairuddin sedia menjadi 'tulang belakang' buat Syarifuddin Azman sekiranya berjaya menempah slot ke MotoGP, tahun depan.

Hakim Danish akan sertai Sharul Ezwan dalam ETC musim 2021
Hakim dipilih berdasarkan prestasi cemerlang di Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) di Qatar dengan tiga penyudah podium.

CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun
Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar.

Penampilan Zulfahmi bersama SIC Racing berakhir
Zulfahmi berkata selepas bersaing dalam empat perlumbaan musim ini, dia membuat keputusan sambil disokong oleh pasukan agar beliau tidak meneruskan perlumbaan dalam Kejuaraan Moto2 tersebut.

KIP, Zulfahmi gagal dapatkan mata pada GP Qatar
Kelas Moto2 dimenangi oleh pelumba Itali, Francesco Bagnaia daripada SKY Racing Team VR46, yang juga Pelumba Muda Terbaik 2017, dengan catatan masa 40 minit 19.802 saat.

Razlan Razali seru sokongan peminat, lonjakkan gear keenam hingga gear ketujuh!
Suntikan semangat daripada penyokong sukan permotoran perlu untuk terus memecut hingga ke garisan penamat.

Zulfahmi perlu cabar Khairul Idham Pawi musim ini - Razlan
Pelumba pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin perlu menyaingi seorang lagi pelumba negara, Khairul Idham Pawi dalam saingan kelas Moto2.

Zulfahmi dedah 'rahsia' pelumba Malaysia cemerlang di litar basah
Menurut Zulfahmi Khairuddin, pelumba negara sudah terbiasa berlumba dalam hujan tanpa menggunakan tayar yang khusus untuk litar basah.

Zulfahmi tekad guna tempoh rehat perbaiki tunggangan
Pusingan terakhirnya sebelum bercuti rehat adalah di Itali pada 19 Jun lalu, menyaksikan Zulfahmi gagal menamatkan saingan kerana terjatuh.

Kehadiran Zulfahmi hangatkan perlumbaan SBK di Malaysia
Sambutan Kejohanan Superbike Dunia (SBK) di Malaysia lebih memberangsangkan berbanding tahun sebelum ini dengan penyertaan Zulfahmi Khairuddin.