Terbaharu, hari ini, Zoom mengumumkan sokongan untuk sehingga 1 juta peserta boleh mengikuti sesuatu persidangan atau webinar – sekali gus menjadikannya antara pilihan yang baik bagi persidangan web bersaiz besar.
Zoom Webinar menawarkan beberapa pilihan pakej, bermula daripada kapasiti 10,000 pengguna, dan meningkat kepada 50K, 100K, 250K, 500K dan juga 1 juta.
Zoom juga melengkapkan penawaran ini melalui sokongan untuk perkhidmatan berasaskan acara di bawah pakej mereka, menjadikan sesuatu persidangan berasaskan web lebih menarik berbanding kebiasaan.
Buat masa ini, Zoom Webinar ini terhad kepada pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperluaskan ke pasaran lain. -Amanz