BOS Bayern Munich, Carlo Ancelotti percaya bekas pembantunya, Zinedine Zidane sentiasa memiliki kualiti dan karisma untuk mengemudi Real Madrid.

Jurulatih kelahiran Itali itu membimbing kelab Sepanyol itu selama dua musim, dibantu pemenang Piala Dunia itu, mereka memenangi Liga Juara-Juara dalam musim pertamanya.

Ancelotti kemudiannya digantikan dengan Rafael Benitez yang tidak bertahan lama. Perlantikan Zidane selepas itu membawa kepada kejayaan di pentas Eropah.

Menjelang pertemuan mereka dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa, pengurus berusia 57 tahun itu mendakwa Zidane memiliki kualiti untuk mengendalikan tugas di Santiago Bernabeu.

"Beliau adalah pembantu saya dan kami mencipta pengalaman hebat bersama," kata Ancelotti.

"Zizou memiliki kualiti dan saya yakin satu hari nanti beliau akan mengendalikan Real Madrid.

"Beliau memiliki pengalaman, seorang pemain yang hebat dan beliau ada karisma yang merupakan perkara utama untuk seseorang mempunyai hubungan rapat dengan para pemain.'

Bekas pengurus AC Milan itu juga berharap beliau dapat mengatasi Zidane dalam aksi Liga Juara-Juara kelak.

"Seronok melihat Zizou.

"Semoga dia berjaya - lebih bagus di Sepanyol berbanding Eropah.

"Saya tahu beliau akan melakukannya dengan baik."