KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah difailkan Datuk Mark William Ling Lee Meng terhadap bekas jaguh lompat kijang dan lompat jauh Mohd Zaki Sadri, selesai selepas bekas atlet itu memohon maaf kepada Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) itu, di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Mohd Zaki, 56, ketika membacakan pernyataan maaf itu di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan berkata beliau dengan ikhlas hati, memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Mark William, kerana telah membuat satu kenyataan yang telah disiarkan dalam portal Harian Metro Online, pada 21 Jun lalu.
"Saya ingin tanpa syarat menarik balik semua dakwaan yang dibuat dalam kenyataan akhbar tersebut, dengan tulus ikhlas dan sedalam-dalamnya memohon maaf kepada Datuk Mark William atas keaiban dan kesulitan yang dialaminya.
"Saya selanjutnya merakamkan kekesalan saya yang setulus-tulusnya dan sedalamnya di atas rasa malu dan kesulitan yang ditimbulkan oleh penerbitan kata-kata yang diadukan tersebut dan dengan tidak berbelah bahagi dan tidak bersyarat memohon maaf kerana menyebabkan kenyataan akhbar itu diterbitkan," katanya.
Mohd Zaki turut beraku janji tidak akan mengulangi kenyataan yang bersifat tuduhan dan memberikan kesan serupa terhadap Mark William, pada masa hadapan.
Sebelum merekodkan penghakiman persetujuan, Zulqarnain mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak kerana telah menyelesaikan kes secara baik.
"Mahkamah juga ingin merakamkan tahniah kepada kedua-dua pihak terutamanya defendan (Mohd Zaki), kerana mempamerkan kematangan dalam memilih untuk berdamai daripada 'berperang'.
"Pilihan yang dibuat berpandangan jauh dan bijak' kerana tidak menghabiskan masa, tenaga dan wang kepada perkara-perkara ini (saman). Atas permohonan semua pihak, mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan ini," katanya.
Turut hadir prosiding hari ini peguam Sunther Thulasi dan Ahmad Amir Mahmood mewakili Mark William, manakala peguam Rossa Severinus mewakili Mohd Zaki.
Mark William, 60, selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap Mohd Zaki pada 30 Jun lalu mendakwa bekas Ketua Jurulatih KOM itu, mengeluarkan perkataan yang memfitnah beliau dalam satu kenyataan akhbar yang kemudian diterbitkan dalam portal Harian Metro Online, pada 21 Jun lalu.
Menurut pernyataan tuntutan, Mark William mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau bukanlah seorang yang layak dan sesuai menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan KOM.
Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu turut memberi gambaran bahawa beliau telah mematahkan peluang atlet Malaysia untuk menang di kejohanan antarabangsa seperti Sukan Asia di Hangzhou, China dengan tidak mengikuti rancangan yang dicadangkan defendan, selain tidak bertindak demi kepentingan atlet Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023

Mohd Zaki berkata beliau dengan ikhlas hati, memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Mark William. - Gambar/ Bernama
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Zaki Sadri mohon maaf kepada Mark William, kes saman fitnah selesai
Kes saman fitnah difailkan Datuk Mark William Ling Lee Meng terhadap bekas jaguh lompat kijang dan lompat jauh Mohd Zaki Sadri, selesai selepas bekas atlet itu memohon maaf.