KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terus membawa harapan Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland 2023 di Basel selepas dua lagi wakil negara tersingkir dalam aksi suku akhir awal pagi tadi.
Yew Sin-Ee Yii mara ke separuh akhir acara beregu lelaki, setelah tewas set pertama 16-21 sebelum bangkit mencatat kemenangan 21-12, 21-19 ke atas gandingan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana pada pertembungan di St Jakobshalle itu.
Yew Sin-Ee Yii selaku pilihan ketiga kejohanan, akan bertemu pilihan kedua kejohanan dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di separuh akhir yang akan berlangsung malam ini.
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menepati ramalan mengiringi kemaraan itu bagi acara beregu campuran selepas menundukkan wakil Thailand Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran 21-18, 21-18 dalam pertembungan selama 36 minit.
Menanti Soon Huat-Shevon di separuh akhir, beregu Belanda Robin Tabeling-Selena Piek yang menewaskan satu lagi beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 21-19, 19-21, 21-19.
Nasib turut tidak menyebelahi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong apabila terpaksa menarik diri di set kedua perlawanan berikutan kecederaan, selepas tewas set pertama 11-21 di tangan pilihan ketiga kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Semalam, pemain profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia turut mengesahkan slot separuh akhir selepas menewaskan Lee Chia Hao dari Taiwan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023

Yew Sin-Ee Yii mara setelah tewas set pertama 16-21, sebelum bangkit mencatat kemenangan 21-12, 21-19 ke atas gandingan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana. - Fail/BERNAMA

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

MAHB bersedia mengukuhkan rangkaian, sambungan di Routes Asia 2025
Syarikat itu mahu melibatkan diri dalam rangkaian yang berharga, mendapatkan pandangan mengenai trend pasaran terkini.
Gerard Depardieu dibicarakan atas dakwaan gangguan seksual bermula Isnin.
Depardieu, 76 tahun, berdepan dakwaan meraba dua wanita semasa penggambaran filem The Green Shutters.
Meriam digunakan untuk waktu iftar di Abu Dhabi
Satu das tembakan dilepaskan sejurus sebelum azan maghrib, menandakan masuknya waktu berbuka di kawasan berkenaan.
Lima terkorban dalam serangan terbaharu Israel
Lima nyawa terkorban dalam serangan peluru berpandu terbaharu Tentera Zionis Israel ke atas Kompleks Kesihatan Yasser di Khan Younis, termasuk seorang anggota pejabat politik Hamas, Ismail Barhoum.
Mahkamah Perlembaan Korea Selatan batal keputusan pecat Duck-soo
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan hari ini, membatalkan pemecatan bekas Perdana Menteri, Han Duck-soo, sekali gus melantik beliau sebagai pemangku Presiden negara berkenaan.
Korea Selatan isytihar tiga lagi daerah sebagai zon bencana
Kerajaan Korea Selatan pada Isnin mengisytiharkan tiga lagi daerah di tenggara negara itu - Ulju, Uiseong dan Hadong, sebagai zon bencana khas susulan kebakaran hutan berhari-hari yang telah memaksa ribuan penduduk berpindah.
Polis sembur lada terhadap penunjuk perasaan di Istanbul
Individu tersebut dipercayai menyertai protes tersebut untuk bagi membantah penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu yang dilihat sebagai pencabar utama Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam Pilihan Raya Presiden 2028.
RM20,000 disumbangkan oleh Fahmi Fadzil kepada WWF
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyumbangkan RM 20,000 kepada WWF Malaysia untuk menyokong inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta perlindungan spesis haiwan ikonik di negara

Badminton: Zii Jia mara ke suku akhir terbuka Switzerland
Pemain di ranking ke-11 dunia itu mengambil masa 34 minit untuk menyingkirkan Svendsen 21-15, 21-11.