KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menang ke atas Victor Svendsen dari Denmark di kejohanan badminton Terbuka Switzerland di St Jakobshalle, Basel.
Pemain di ranking ke-11 dunia itu mengambil masa 34 minit untuk menyingkirkan Svendsen 21-15, 21-11, untuk berdepan lawannya dari India, B Sai Praneeth bagi perebutan slot ke separuh akhir.
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tidak perlu bermandi peluh untuk melangkah ke suku akhir apabila lawan mereka di pusingan kedua Jeppe Bay-Lasse Molhede dari Denmark, menarik diri.
Gandingan di ranking kesembilan dunia itu akan menentang pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.
Dalam acara beregu campuran pula, pasangan profesional Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang tampil sebagai pilihan pertama menang ke atas gandingan Perancis, Ronan Albar-Anne Train 21-12, 21-16 dan akan berdepan Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark pada aksi suku akhir.
Pasangan beregu wanita semakin menyinar Pearly Tan-M Thinaah turut menempah slot ke suku akhir setelah menyingkirkan Anastasiia Akchurina-Olga Morozova dari Russia 21-16, 21-18 untuk berdepan Amalie Magelund-Freja Ravn dari Denmark.
Bagaimanapun, nasib berbeza buat pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 Goh V Shem-Tan Wee Kiong apabila misi meraih mata berharga kelayakan ke Olimpik Tokyo terjejas selepas tewas kepada pasangan Jerman Mark Lamfuss-Marvin Seidel 21-19, 21-19.
Keputusan pusingan kedua membabitkan pemain negara:
-----------------------------------------------------------------------------
(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan; [ ] pemain pilihan)
Beregu lelaki:
[5] Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Joel Eipe-Rasmus Kjaer (DEN) 21-18, 21-13
Low Hang Yee-Ng Eng Cheong mn [4] Marcus Ellis-Chris Langridge (ENG) 10-21, 21-15, 21-15
Beregu wanita:
[2] Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Linda Efler-Isabel Herttrich (GER) 21-18, 21-17
Beregu campuran:
[4] Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mn Rasmus Espersen-Christine Burch (DEN) 21-10, 21-15
[5] Tan Kian Meng-Lai Pei Jing bmnJones Ralfy Jansen-Kilasu Ostermeyer (GER) 21-14, 21-17
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021
Pemain di ranking ke-11 dunia itu mengambil masa 34 minit untuk menyingkirkan Svendsen 21-15, 21-11, untuk berdepan lawannya dari India, B Sai Praneeth bagi perebutan slot ke separuh akhir. - Gambar fail/BERNAMA
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Badminton: Zii Jia mara ke suku akhir terbuka Switzerland
Pemain di ranking ke-11 dunia itu mengambil masa 34 minit untuk menyingkirkan Svendsen 21-15, 21-11.