BERITA baik buat peminat konsol permainan video keluaran Sony!
Percaya atau tidak, Sony akhirnya mengumumkan rupa bentuk konsol Playstation 5 (PS5) versi terbaharu yang penuh bergaya.
Bukan itu sahaja, Sony turut memberi gambaran kepada peminat dengan lebih banyak judul permainan baharu yang akan hadir bersama konsol versi elegan campuran warna hitam dan putih itu.
Antara judul permainan bakal dikeluarkan adalah Resident Evil Village, Project Athia, Hitman III dan Solar Ash.
Selain itu, peminat Grand Theft Auto 5 untuk PS5 bakal berpeluang merasai pengalaman permainan video itu bermula tahun depan.
Sesuai dengan tema yang dibawa ‘The Future of Gaming Show’, reka bentuk konsol yang jauh berbeza dari edisi sebelumnya itu nyata mencetuskan pelbagai andaian peminat tentang harga dan tarikh rasmi keluarannya.
Difahamkan, dua kejutan bakal dibawakan oleh PS5 kali ini iaitu ia bakal menyokong penuh resolusi 4K menerusi pemacu versi mahal, Ultra HD Blu-ray drive.
Juga, barangan elektronik terkemuka itu bakal hadir dalam bentuk Digital Edition (versi digital) yang tidak mempunyai pemacu cakera (disc drive).
Konsol ini juga akan datang secara bersama kamera digital, fon kepala tanpa wayar dan alat kawalan media.
Najmi Syahiran Mamat
Fri Jun 12 2020
![Wow! Penuh bergaya, ini imej baharu Playstation 5 Wow! Penuh bergaya, ini imej baharu Playstation 5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591932195_playstation.jpg)
PS5 nyata mencetuskan pelbagai andaian peminat tentang harga dan tarikh rasmi keluarannya. - Foto Instagram @Playstation
LHDN digesa tingkat kecekapan bantu kerajaan tambah hasil
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) digesa untuk meningkatkan kecekapan bagi memastikan kerajaan dapat memperoleh hasil yang lebih baik pada tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, LHDN berperanan besar dalam memastikan kelangsungan kewangan Malaysia di masa hadapan.
[TERKINI] “Jangan tokok tambah, kata Wisma Putra tak buat apa-apa” - Mohamad
Datuk Seri Mohamad Hasan menempelak pihak yang menuduh kerajaan tidak buat apa-apa bagi membantu pelajar Malaysia di Bangladesh.
![Penyanyi, komposer Kim Min-ki meninggal dunia Penyanyi, komposer Kim Min-ki meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721634635_KimMinki.jpg)
Penyanyi, komposer Kim Min-ki meninggal dunia
Kim, 73, meninggal dunia akibat komplikasi kanser perut, penyakit kronik yang telah lama dihidapinya, lapor Agensi Berita Yonhap.
![Lebuh raya WISE Gopeng-Kuala Kangsar akan mula dibina tahun ini - Saarani Lebuh raya WISE Gopeng-Kuala Kangsar akan mula dibina tahun ini - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707371940_TBSAARANIAWANI.jpg)
Lebuh raya WISE Gopeng-Kuala Kangsar akan mula dibina tahun ini - Saarani
Beliau dimaklumkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri bersama WISE sedang mencari tarikh sesuai untuk majlis pemeteraian perjanjian itu.
![Rusuhan Bangladesh: “Lega, hari ini boleh tidur lena” - Keluarga pelajar Rusuhan Bangladesh: “Lega, hari ini boleh tidur lena” - Keluarga pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721634791_MohamadHasan.jpg)
Rusuhan Bangladesh: “Lega, hari ini boleh tidur lena” - Keluarga pelajar
Keluarga pelajar Malaysia yang terperangkap di Bangladesh meluahkan rasa lega selepas kerajaan menggerakkan pelan evakuasi.
[TERKINI] Kes Nur Farah Kartini: Forensik jumpa kunci kereta
Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan kunci kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4 di Slim River.
Speaker Dewan Negara: Pelantikan Datuk Awang Bemee penghargaan besar buat Sarawak
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, pada Isnin. Beliau menggantikan bekas Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia, pada Mei lalu.
![Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721627213_tbAwangBemee.jpg)
Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan.
Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit
Ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, penyasaran rasionalisasi subsidi ke atas petrol Ron95 tidak berbangkit ketika ini.
Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan buat masa ini ingin memberi fokus mengenai penjelasan rasionalisasi subsidi diesel kepada rakyat terlebih dahulu.
Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan buat masa ini ingin memberi fokus mengenai penjelasan rasionalisasi subsidi diesel kepada rakyat terlebih dahulu.
[TERKINI] Kerajaan sasar kurangkan pinjaman bersih kepada RM86 bilion tahun ini
Kerajaan komited kurangkan pinjaman bersih atau hutang baharu sebagai langkah jangka pendek tingkatkan keupayaan kewangan negara.
![Wow! Penuh bergaya, ini imej baharu Playstation 5 Wow! Penuh bergaya, ini imej baharu Playstation 5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591932195_playstation.jpg)
Wow! Penuh bergaya, ini imej baharu Playstation 5
Percaya atau tidak, Sony akhirnya mengumumkan rupa bentuk konsol Playstation 5 (PS5) versi terbaharu yang penuh bergaya.