KUALA LUMPUR: Penglibatan wanita dalam pengurusan sukan tanah air kini bukan lagi sesuatu yang asing apabila ramai golongan itu telah memegang jawatan penting dalam pucuk kepimpinan yang menjadi penggerak dan pencetus kecemerlangan sukan Malaysia.
Apatah lagi dengan kembalinya seorang wanita untuk menerajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila Hannah Yeoh dilantik sebagai menteri pada penghujung 2022, menjadikan beliau wanita kedua yang memegang jawatan itu selepas Datuk Seri Azalina Othman Said pada 2004 hingga 2008.
Tidak terkecuali keterampilan golongan wanita juga terserlah dalam carta organisasi, persatuan, badan induk dan agensi sukan seperti Datuk Mumtaz Jaafar yang dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selama tiga penggal sejak 2014.
Bercakap kepada Bernama, olahragawati negara era 80-an itu berkata, beliau tidak mahu menamatkan karier dalam bidang sukan meskipun sudah lama bersara sebagai atlet malah tekad untuk terus menabur bakti sebagai perintis untuk memajukan sukan tanah air.
Ibu kepada empat orang cahaya mata itu berkata, beliau tidak pernah menjadikan kesibukan menguruskan keluarga sebagai halangan dalam menyumbangkan tenaga dan idea untuk terlibat sama dalam pembangunan negara, terutama dalam pengurusan sukan.
"Sukan memang sudah sebati dalam hidup saya, saya bersyukur saya ada kekuatan untuk memikul tugas saya di samping mengurus rumah tangga, saya sentiasa cari keseimbangan untuk mengurus kedua-duanya dan bukan alasan untuk saya berhenti," katanya.
Mengimbau kembali pengalaman pahit yang pernah ditempuhnya pada 2019 apabila beliau sanggup mengetepikan masalah kesihatannya yang menghidapi kanser usus tahap tiga untuk mencabar jawatan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam mesyuarat agung tahunan (AGM).
"Pada ketika itu, apa yang penting adalah semangat saya untuk memperjuangkan supaya saya dapat berbakti untuk persatuan. Saya melalui itu semua, kalau saya mahu cerita, dalam bidang sukan sememangnya banyak pengorbanan yang dilakukan, tetapi semangat juang itu penting," katanya.
Berkongsi cabaran berbeza, Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas), Azura Abidin berkata, kebolehannya sebagai seorang wanita yang memegang jawatan itu sering dipersoalkan apatah lagi beliau merupakan wanita pertama menyandang jawatan itu sejak ia ditubuhkan pada 2007.
Beliau berkata, perkara itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk terus memikul tanggungjawab yang telah diberikan sebaliknya membuktikan beliau mampu menerajui agensi terbabit meskipun tidak mempunyai pengalaman ketika awal pembabitannya pada 2019.
"Pada mulanya saya masuk Adamas, saya zero, cabaran besar untuk saya, apatah lagi saya perlu bahagi masa untuk saya uruskan ibu saya yang sedang sakit ketika itu, kakitangan terhad, tapi saya belajar sedikit demi sedikit, patuh dengan kod dan piawaian yang ditetapkan, jalankan tugas dengan baik," katanya.
Sementara itu, Ketua Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (Mace) Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Shalin Zulkifli berkata, meskipun telah bersara sebagai pemain boling negara, masih ada tugas yang perlu diselesaikan dengan menabur bakti membantu atlet menerusi jawatan yang disandangnya itu.
Shalin berkata, beliau tidak mahu segala pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya sebagai bekas atlet disia-siakan dan mahu ia dimanfaatkan sebaiknya dalam usaha membantu atlet tanah air.
"Saya sudah lama jadi atlet, 20 tahun berpengalaman dan saya rasa banyak perkara saya boleh sumbang. Saya lihat tak banyak atlet yang berminat meneruskan dalam bidang pengurusan sukan, padahal kita sebagai bekas atlet lebih memahami dan mengetahui apa keperluan atlet," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Belia dan Sukan pada penghujung 2022, menjadikan beliau wanita kedua yang memegang jawatan itu selepas Azalina Othman Said pada 2004 hingga 2008. - Gambar fail

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Majikan wajib benarkan isteri kematian suami kerja dari rumah - Ismail Sabri
Bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa, kerajaan hari ini mengumumkan enam inisiatif antaranya wanita yang kematian suami dibenarkan Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian.

Pilih antara rumah tangga, karier antara cabaran besar atlet wanita
Leong Mun Yee berkata atlet wanita khususnya yang berada dalam usia lewat 20-an, berdepan cabaran besar untuk membuat pilihan itu kerana berdasarkan faktor usia dan impian memburu kejayaan.

'Wanita Waja Negara Sejahtera' tema Hari Wanita Kebangsaan 2020
Sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun ini bertemakan 'Wanita Waja Negara Sejahtera' bersesuaian dengan semangat serta pengorbanan golongan wanita terutamanya ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19

'Kekurangan bukan penghalang' - Noor Lizah buktikan wanita OKU mampu berjaya
Noor Lizah Saman mengatasi pelbagai halangan, cabaran sebagai OKU hingga berjaya dalam kehidupan dan bidang perniagaan.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

Polis terima aduan, sedang siasat perarakan LGBT di ibu negara
Warga kota terkejut dengan kehadiran kira-kira 1,000 peserta menyertai perhimpunan tersebut yang memulakan perarakan dari pusat beli belah Sogo hingga ke Masjid Jamek.

Najwa Mahiaddin mahu kongsi muzik sehingga ke Eropah
Najwa sudah mencongak perjalanan kariernya dalam mempromosikan gabungan muzik Melayu tradisional sehingga ke benua Eropah.