Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terus bernasib malang apabila presidennya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Afandi Hamzah "direhatkan" buat sementara waktu darpada menguruskan persatuan itu yang tenat dengan pelbagai isu terutamanya hutang dan kewangan.
Perkara itu diumumkan oleh Afandi sendiri selepas mesyuarat exco persatuan itu di Wisma Kafa di Kubang Kerian, pada Ahad.
Afandi berkata Naib Presiden Kafa, Datuk Shaari Mat Hussain dilantik sebagai pemangku tugas presiden persatuan itu berkuat kuasa Ahad.
"Keputusan kami berdua telah bersetuju oleh exco Kafa dan keputusan ini dilakukan bagi memberikan laluan kepada perubahan struktur persatuan buat sementara waktu.
"Jadi sekarang ini Datuk Shaari akan menguruskan Kafa sehingga tempoh yang bakal ditetapkan," katanya kepada pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.
Sebelum ini, persatuan itu tertekan dengan masalah tunggakan gaji bekas pemain pasukan Kelantan, bakal dikenakan hukuman oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari melepaskan jawatan.
Afandi berkata pihaknya meletakan kepercayaan kepada Shaari untuk melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh persatuan itu.
"Kami tidak bersikap lepas tangan apabila persatuan berdepan pelbagai isu ketika ini, keputusan ini dilakukan untuk memberikan laluan kepada idea baharu kepimpinan Kafa," katanya.
Katanya. persatuan terus berusaha mencari jalan penyelesaian bagi isu hutang yang memburukan imej persatuan itu.
"Sekarang ini kami telah bayar hutang RM2.4 juta daripada RM6.9 juta merangkumi hutang dengan pemain, pegawai agensi kerajaan," katanya.
Sementara itu, Shaari berkata beliau akan memikul bebanan yang dihadapi oleh persatuan itu dengan pengalaman bersama Kafa sejak 2006 .
"Saya sudah masak dengan Kafa, sasaran saya untuk selesaikan masalah hutang... permainan semua makin meningkat namun beban hutang memburukan imej pasukan dan persatuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 28 2020

Presiden Kafa, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar) dan timbalannya Datuk Seri Afandi Hamzah "direhatkan" buat sementara waktu darpada menguruskan persatuan itu yang tenat dengan pelbagai isu terutamanya hutang dan kewangan. - Bernama
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).
RUU Tahanan Rumah sedang diperhalusi
Kementerian Dalam Negeri sedang memperhalusi draf rang undang-undang (RUU) Tahanan Rumah yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menahan atau mengeluarkan perintah tahanan rumah sebagai alternatif kepada pemenjaraan.
10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.
Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan
Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.